“Dia telah mengancam untuk mencederakan saya dengan pisau tajam yang besar”

Bersempena Hari Kemanusiaan Sedunia, sekalung penghormatan daripada kami kepada wira-wira kemanusiaan kami di lapangan.

Edgar Morbos, seorang pegawai kanan program di Filipina kekal tenang, walaupun beliau diuji dengan tekanan yang hebat.

“Menguruskan komuniti adalah seperti satu pendakian yang curam, tetapi di puncak nanti, anda boleh melihat pemandangan yang serba indah. Saya telah berkhidmat untuk komuniti setempat selama beberapa dekad, dan tugas ini tentunya ada cabarannya yang tersendiri.

“Pada tahun 2008, saya sedang berkhidmat di dalam suatu projek pengurusan air yang diuruskan oleh komuniti di Timur Samar, Filipina. Komuniti ini terkenal dengan pertikaian yang sering kali berlaku dalam kalangan penduduk tempatan berkenaan akses terhadap bekalain air.

“Air yang datangnya dari gua berhampiran, tidak diagihkan dengan adil kepada semua isi rumah: sesetengah keluarga perlu mengambil air dari paip awam manakala sesetengah keluarga pula sudah memiliki sambungan paip dari dalam rumah mereka. 

“Jadi, untuk membantu komuniti ini memiliki sistem bekalan air yang lebih mampan dan saksama kepada semua ahlinya, mereka dilibatkan dalam setiap aspek pembangunan dan perlaksanaan sistem.

“Setelah menghadiri latihan pembinaan kapasiti untuk ahli persatuan pengurusan air, komuniti ini telah bersetuju bahawa kesemua isi rumah yang mempunyai sambungan paip persendirian dalam rumah mereka, perlu memasang meter untuk merekodkan penggunaan air. Jika tidak, sambungan paip ini akan dipotong.

“Salah seorang ahli komuniti ini gagal memahami bagaimana sistem baru ini akan memberikan faedah kepadanya dan seluruh komuniti. Jadi dia telah bertindak amarah dengan mengancam untuk mencederakan saya dengan bolo [pisau tempatan] yang besar dan tajam.

“Saya mungkin sudah lemah semangat pada waktu itu, kerana keselamatan saya terancam, namun saya tahu, dia sebenarnya perlu dibantu untuk memahami manfaat sebenar sistem begitu.

“Jadi dengan bantuan pegawai tempatan, kami berusaha sedaya upaya kami untuk menerangkan bagaimana sistem baru ini boleh membantunya sekeluarga dan juga ahli komuniti yang lain pada jangka masa lebih panjang.

“Akan sentiasa wujud kelompok dalam komuniti yang berasa terjejas dengan apa yang kita sasarkan atau rancangkan dalam bantuan kita kepada mereka. Namun, petugas kemanusiaan seperti kita tidak seharusnya mudah mengalah, sebaliknya terus istiqamah dalam membantu komuniti memahami bagaimana inisiatif yang kita laksanakan boleh meningkatkan kualiti kehidupan mereka. “

Hujan monsun lebat telah mencetuskan banjir besar-besaran di Bangladesh.

Setakat 3 Ogos 2016, 3.2 juta penduduk di 16 daerah telah terjejas teruk akibat banjir besar-besaran, dengan 42 kematian telah disahkan.

Paras air sungai yang meningkat telah memaksa ribuan penduduk meninggalkan kediaman mereka. 250,000 rumah telah dilaporkan musnah atau rosak akibat banjir, selain kejadian tanah runtuh dan kakisan dasar sungai. Hanya 7,400 orang berjaya mendapatkan perlindungan di 69 pusat perlindungan banjir di seluruh negara, dan hampir 300, 000 lagi telah terkandas di daerah Shariatpur dan Faridpur.

Tahun ini, negara-negara di Selatan Asia mengalami hujan lebat sewaktu musim monsun tahunan, termasuklah India dan Nepal. Banjir di Bangladesh, yang telah bermula pada Julai lalu, adalah disebabkan oleh hujan lebat di bahagian utara negara tersebut, dengan kadar hujan lebat 13% lebih tinggi dari tahun sebelumnya. Air sungai yang melimpah telah memusnahkan infrastruktur, jalan dan rangkaian rel keretapi telah terjejas teruk. Bagi keluarga yang terpaksa hidup di kawasan terbuka, air banjir ini mendatangkan bahaya penyakit bawaan air. Peniaian awal telah mencadangkan terdapatnya keperluan mendesak untuk pusat perlindungan, air yang bersih, bekalan makanan dan ubat-ubatan serta bahan bakar.

Dengan wujudnya operasi kami di bandar-badar besar di serata Bangladesh, pasukan Islamic Relief telah pun memulakan penyaluran bantuan kepada kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas, termasuk Jamalpur dan Kurigram. Fasa pertama bantuan disasarkan kepada 12,000 penerima manfaat, termasuklah bantuan pek makanan yang mengandungi beras, lentil, minyak masak, gula dan garam. Peringkat seterusnya disasarkan untuk meliputi pengagihan lebih banyak pek makanan serta pek penjagaan kebersihan.

Hujan dijangka akan terus turun, dan situasi di Bangladesh kini semakin buruk dari hari ke hari.

Islamic Relief telah berkhidmat untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan melaksanakan projek pembangunan di Bangladesh sejak 1991.

Meningkatkan kualiti kehidupan di Myanmar menerusi projek LIFE

Islamic Relief sedang melaksanakan projek peningkatan kualiti kehidupan bagi keluarga yang tersingkir dalam negeri, mereka yang kembali, dan komuniti hos di kawasan pedalaman Myawaddy, di Kayin State, Myanmar.

Sempadan pekan Myawaddy mempunyai sejarah konflik yang berpanjangan. Ini telah mengakibatkan populasi penduduk yang semakin merosot kerana ramai yang telah melarikan diri dari kawasan tersebut demi keselamatan mereka. Baru-baru ini, ramai keluarga merasakan yang keadaan sudah selamat untuk mereka kembali semula. Malahan, Myawaddy kini menjadi lokasi tumpuan bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kekejaman yang berlaku di bahagian lain negara tersebut. Tanpa sebarang prospek pekerjaan yang stabil, ramai dalam kalangan keluarga yang tersingkir dalam negeri ini dan mereka yang kembali terpaksa tinggal di kawasan perairan.

Kaum wanita bercucuk tanam buah-buahan dan tumbuhan sebagai sebahagian dari projek LIFE di Myanmar.

Lokasi Myawaddy yang terasing dan kekurangan teknologi pertanian yang terkedepan bermaksud 80% penduduk yang kembali ke kawasan ini hidup dengan pendapatan kurang dari $20 setiap bulan, ditambah pula dengan akses makanan yang terhad.

Projek Livelihood Improvement for Family Empowerment (LIFE)telah direka bentuk untuk menangani masalah kebimbangan makanan yang dialami oleh 350 keluarga yang tersingkir dalam negeri, mereka yang kembali dan komuniti hos. Dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam sistem agrikultur yang bersesuaian dan mampan, projek ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep kebun makanan menerusi model ‘food always in the home’ (FAITH).

Dengan melaksanakan sistem tanaman FAITH, skim giliran di mana sayuran dan tanaman separa kekal ditanam sepanjang tahun, supaya para keluarga yang menyertai program ini dapat bergantung pada hasil tuaian kebun mereka sebagai sumber makanan kendiri selain menjadi pendapatan mereka.

 

Women cultivating fruit and vegetables as part of the LIFE project in Myanmar.

Kaum wanita bercucuk tanam buah-buahan dan tumbuhan sebagai sebahagian dari projek LIFE di Myanmar.

 

Dengan jumlah tanah suai tani yang terhad, iklim lembab yang kurang hujan, dan populasi sedia ada yang telah mendirikan tempat tinggal di atas tanah yang lapang, majoriti mereka yang kembali mengamalkan pertanian pindah. Dengan membersihkan kawasan hutan di pergunungan, mereka boleh bercucuk tanam tanaman jenis tanah tinggi seperti padi bukit, jagung, kacang tanah dan kekacang dan sayuran. Kini, dengan adanya program LIFE, setiap dari 350 keluarga ini memiliki kebun berasaskan FAITH yang boleh mereka anggap sebagai hak milik mereka sendiri. Program ini juga telah membolehkan peningkatan kualiti amalan pertanian dalam komuniti setempat, dengan adanya seorang wakil dalam perkampungan yang telah diberikan latihan untuk menguruskan dan menawarkan nasihat dan panduan kepada ahli komuniti yang lain.

Projek LIFE telah berjaya:

  • Menggalakkan teknik agrikultur yang lebih berkesan
  • Menggalakkan aktiviti cucuk tanam tanaman alternatif menerusi model FAITH
  • Menggalakkan tanaman pokok buah-buahan berhasil malar untuk memastikan kelestarian masa panjang (mangga, rambutan, pir, cili, buah naga dan kopi)
  • Memperkenalkan Sloping Agriculture Land Technology (SALT) untuk melindungi dan memelihara kawasan hutan dan persekitaran asal setempat

Islamic Relief telah menyalurkan bantuan kemanusiaan dan melaksanakan projek mata pencarian di Myanmar sejak 2008.

Peperangan Aleppo adalah suatu “perkara yang memalukan kemanusiaan” dan petugas keselamatan merayu supaya orang awam dilindungi

Setelah mengagihkan bungkusan Iftar sepanjang bulan Ramadhan yang Mulia di daerah-daerah berlainan di negara tersebut, Islamic Relief Malawi telah mendermakan barang makanan bantuan kepada 750 isi rumah di daerah Chikwawa di bahagian Sub-Traditional Authority Ndakwera.

Bercakap kepada laman web rasmi Malawi Muslims, Ketua Program Islamic Relief, Sheirfa Mia berkata, ini adalah pelan bantuan dalam menangani kemarau yang telah melanda beberapa bahagian di negara tersebut.

“Kami telah mengambil keputusan untuk datang dan mengagihkan barangan bantuan ini kepada para keluarga yang memerlukan makanan dan kami telah menyampaikan bungkusan yang berisi 40kg tepung jagung, 5kg kekacang, 1kg garam dan 1 liter minyak masak,” sambung Mia.

Sumbangan ini telah didanai oleh Islamic Relief Malaysia dengan jumlah bajet sebanyak 20,000 Euro yang bersamaan dengan 15.6 juta kwacha dan organisasi telah berjanji untuk meningkatkan lagi sumbangan untuk keluarga kurang bernasib baik di negara itu.

 

#

Ini dia! Salah seorang wanita lanjut usia telah menerima bahagian bantuannya daripada seorang pegawai Islamic Relief yang bertugas.

“Ramai orang di negara ini yang memerlukan bantuan dari segi makanan kerana kita semua sedia maklum bahawa negara ini telah dibebani krisis kelaparan yang berpunca dari kemarau. Kami ingin meyakinkan orang ramai untuk terus membantu mereka dengan adanya sumbangan berterusan daripada para dermawan yang bermurah hati, dengan menggunakan dana yang disumbangkan ini untuk melaksanakan program-program yang boleh membantu meringankan kesusahan mereka yang memerlukan,” kata Ketua Program tersebut.

 

#

 

Sherifa Mia sewaktu kajian kes di daerah Chikwawa

Apabila ditanya mengapa mereka mengambil keputusan untuk mengagihkan bantuan di kawasan Bawahan Shire berbanding kawasan-kawasan lain, beliau menjelaskan; “Ini kerana 90% daripada komuniti pedalaman di Chikwawa memerlukan bantuan makanan berbanding purata 50% penduduk di kawasan Selatan, Chikwawa dan Nsanje mempunyai kadar penduduk yang terjejas sebanyak 90% dan kami memilih Chikwawa kerana Islamic Relief Malawi sedang melaksanakan projek keselamatan makanan untuk melengkapi kerja-kerja pembangunan kami.

Sumber : http://www.malawimuslims.com/featured/islamic-reli…

Bantuan makanan untuk Mali akibat banjir kilat

Hujan yang turun mencurah-curah telah mengakibatkan banjir kilat di bahagian utara Douentza, Mali. Ratusan rumah telah mengalami kemusnahan dan kerosakan akibat malapetaka ini.

Banjir terjadi serta-merta setelah hujan lebat terus menerus turun di kawasan tersebut pada 18 Julai 2016. Ini telah menyebabkan ramai keluarga terkandas tanpa makanan dan penginapan yang selamat. Bekalan makanan simpanan yang menjadi sandaran penduduk kampung dan di sekitar di Douentza juga telah musnah.

Islamic Relief adalah salah satu daripada beberapa agensi bantuan yang telah beroperasi di Douentza, dengan projek jangka panjang yang sedang dilaksanakan di kawasan tersebut untuk membantu mereka yang amat memerlukan. Oleh kerana situasi keselamatan semasa di bahagian utara negara itu, sukar bagi NGO lain untuk menyalurkan bantuan di kawasan ini.

Kesusahan yang mereka alami mungkin tidak akan menjadi berita utama di akhbar dunia, namun operasi kami di Douentza membolehkan kami sentiasa terkehadapan dalam situasi ini. Setelah menjalankan penilaian awal, pasukan kami di Mali sudah mula mengedarkan bekalan makanan dan peralatan asas kepada kampung-kampung yang terjejas, termasuklah lapik plastik, peralatan memasak, tablet pembersihan air dan jaring nyamuk untuk mengelakkan mereka yang kehilangan tempat kediaman tidak terkena jangkitan penyakit akibat banjir ini.

Islamic Relief telah membantu golongan yang terjejas akibat peperangan sivil dan bencana alam di Mali sejak 1997.

Wanita Kalashi dari Pakistan dibantu dengan projek pembinaan bilik air

Kemudahan baru untuk komuniti Chitral meningkatkan keselamatan dan keadilan gender

Islamic Relief telah menangani ketidakadilan gender dengan skim pembinaan bilik air di sebuah kawasan terpencil di Pakistan.

 

2

 

Di kawasan Lembah Bamburat Himalaya, di daerah utara Chitral, kumpulan penduduk asli Khalash yang merupakan kumpulan minoriti beragama terkecil di Pakistan dengan hanya 5,000 ahli komuniti.

Tahun lalu, semasa Chitral dilanda bencana alam berulang (pertama sekali banjir, dan kemudiannya gempa bumi), bangunan kediaman dan infrastruktur lain kebanyakannya telah musnah, termasuklah kemudahan untuk membersihkan diri, yang telah mengakibatkan golongan wanita dan kanak-kanak terdedah kepada bahaya dan tidak memiliki tempat berlindung.

Dengan sokongan dari UNICEF, Islamic Relief telah menjalankan projek membaiki, mengganti dan menaik taraf bilik air, lantas membolehkan lebih 500 wanita memiliki akses kepada kemudahan bekalan air, sanitasi dan kebersihan.

Pasukan tempatan juga telah menjalankan kempen komunikasi interaktif yang memberikan penekanan terhadap risiko yang dihadapi remaja perempuan dan wanita semasa membuang air kecil atau besar di luar atau berjalan jarak jauh untuk mengumpulkan air.

Program ini adalah sebahagian daripada kerja Islamic Relief untuk menyediakan penyelesaian berfokuskan wanita untuk mempercepatkan kesaksamaan jantina.

 

3