Charity Shoppe

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Menang Memberi, Menang Memakai!

CHARITY SHOPPE

Charity Shoppe merupakan sebuah kedai kebajikan yang menjual pelbagai barangan terpakai dan diuruskan sepenuhnya oleh Islamic Relief Malaysia. Charity Shoppe mula beroperasi sejak tahun 2012 di Bandar Baru Bangi sebagai salah satu platform untuk menjana sumbangan bagi projek-projek kemanusiaan Islamic Relief di dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa. Selain itu, Charity Shoppe juga menjadi pusat aktiviti untuk komuniti yang ingin membuat sebarang sumbangan tunai mahupun barangan serta tempat untuk aktiviti sosial dan kesukarelawanan.

Antara barangan yang dijual di Charity Shoppe adalah pakaian, perkakas rumah, barangan hiasan, peralatan dapur, pinggan-mangkuk, alat elektrik, buku, mainan dan banyak lagi hasil sumbangan orang ramai. Konsep yang diketengahkan oleh Charity Shoppe adalah menjual barangan terpakai dengan kadar yang murah dan berpatutan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Melalui Charity Shoppe, Islamic Relief Malaysia berharap agar ia menjadi pusat tumpuan untuk orang ramai mengenali dengan lebih mendalam mengenai isu-isu kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia sekaligus meningkatkan rasa prihatin dan empati terhadap saudara sekeliling.

Kunjungi Charity Shoppe & MEMBELI MENYUMBANG
IMG_0787

FESYEN & AKSESORI

PERALATAN RUMAH & HIASAN

BUKU &
MAJALAH

MAINAN
KANAK-KANAK

"MENANG MEMBERI, MENANG MEMAKAI!"

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

03-8912 6334

CHARITY SHOPPE

Islamic Relief Malaysia

A-05-G, Paragon Point, Jalan Medan PB5,

Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

 

Isnin – Jumaat : 9:00 PG – 5:00 TGHR

Sabtu : 10:00 PG – 3:00 PTG

Ahad / Cuti Am : TUTUP