Isu anak yatim merupakan cabaran global yang memberi kesan kepada jutaan kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama atau negara. Anak-anak yatim ini menghadapi kesukaran membesar tanpa kasih sayang dan sokongan daripada keluarga.
Banyak halangan dan cabaran dalam memenuhi keperluan anak-anak yatim termasuklah menyediakan keperluan asas seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal. Kebanyakan mereka juga tidak mendapat akses pendidikan yang baik, terdedah kepada isu buruh kanak-kanak, perkahwinan secara paksa, pemerdagangan manusia, kekurangan sokongan masyarakat, serta kehilangan harta benda.
Setiap hari, kanak-kanak terabai akibat kemiskinan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dianggarkan 800,000 orang setiap tahun membunuh diri, dengan lebih daripada 75 peratus daripada mereka tinggal di negara berpendapatan rendah atau sederhana.
Melalui pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Islamic Relief sejak tahun 1986, anak-anak yatim ini telah menerima sokongan dan penjagaan bagi membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik. Islamic Relief sentiasa berusaha untuk menyediakan masa depan yang lebih baik buat anak-anak yatim di seluruh dunia. Mereka berhak menikmati kehidupan yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan.
Di Islamic Relief Malaysia, kami komited untuk membawa perubahan dalam kehidupan anak-anak yatim. Melalui MyYateem Care, kami menyalurkan sokongan kepada anak-anak yatim di lebih 25 negara, termasuk bantuan makanan, pendidikan, rawatan perubatan serta sokongan kepada keluarga mereka. Kami berusaha memastikan setiap anak yatim menerima penjagaan dan peluang yang diperlukan untuk membesar, berkembang dan mencapai potensi mereka.
Tahun ini, Islamic Relief Malaysia akan meneruskan sokongan MyYateem Care di lebih 10 negara, termasuk Palestin, Jordan (pelarian Palestin), Somalia dan Sudan. Dengan sokongan berterusan daripada para penyumbang, kami berhasrat memastikan anak-anak yatim menerima penjagaan dan sokongan yang mereka perlukan untuk menghadapi cabaran serta melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah.
Setiap sumbangan, sama ada besar atau kecil, memainkan peranan penting dalam mengubah kehidupan anak-anak yatim. Sumbangan anda dapat membantu menyediakan pendidikan, rawatan perubatan, tempat tinggal serta persekitaran yang lebih selamat dan menyokong untuk anak-anak yang memerlukan ini.
Bantuan MyYateem Care
Bermula 2025 hingga 2026, IR Malaysia telah membantu 8 keluarga di Somalia, Bangladesh dan Turkiye (pelarian Syria) menerusi projek Family Sponsorship dengan memberikan beberapa bantuan antaranya makanan, pendidikan, kesihatan, bayaran sewa rumah dan keperluan harian mengikut keadaan keluarga.
Selain projek tersebut, 18 anak yatim di Gaza, Palestin turut menerima sokongan khas daripada IR Malaysia termasuk bantuan kerusi roda, rawatan perubatan, kos pembedahan, makanan dan yuran pengajian.
Bersama-sama kita bawa harapan, kegembiraan dan kehidupan yang lebih stabil kepada anak-anak yatim. Sertai MyYateem Care hari ini dan jadilah pemangkin kepada perubahan. Dengan sokongan anda, kita dapat mewujudkan persekitaran yang penuh kasih sayang dan memberi peluang kepada setiap anak untuk berkembang serta membina masa depan yang lebih cerah.

