Cinta & Harapan
Setiap anak yatim berhak menikmati kehidupan yang sempurna. Di Islamic Relief, kami sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak yatim dan keluarga mereka yang terjejas akibat peperangan, bencana alam, kemiskinan dan penyakit kronik.
Melalui kempen MyYateem #CareForOrphan, Islamic Relief Malaysia ingin memastikan 5,000 anak yatim di lebih 10 negara, termasuk Palestin, Jordan (Pelarian Palestin), Somalia dan Sudan, mendapat sokongan dan tajaan demi masa depan mereka yang lebih cerah.
Bagaimana Islamic Relief membantu anak-anak kecil ini?
Berkat sokongan anda, Islamic Relief secara global dapat membantu anak yatim dan kanak-kanak miskin menikmati kehidupan yang lebih baik.
Di Palestin, kami menyokong kanak-kanak dan keluarga yang terjejas akibat konflik dan kesusahan, manakala di Sudan, kami menyediakan bantuan penting kepada kanak-kanak dan keluarga yang berdepan kesan buruk konflik dan perpindahan.
Sokongan Islamic Relief Mengubah Kehidupan Anak Yatim
Bersama kita bina masa depan cerah untuk anak yatim
Islamic Relief memfokuskan bantuan jangka masa panjang kepada kanak-kanak yang dibantu, penjaga dan komuniti setempat bagi mengurangkan isu kemiskinan dan diskriminasi dari terus berleluasa.
Islam juga sangat menitikberatkan hal penjagaan anak yatim kerana mereka bukan sahaja memerlukan perhatian, tetapi juga perlindungan daripada kita. Jadi, Islamic Relief ingin mengajak anda semua untuk sama-sama kita menyantuni anak yatim sepertimana yang disebutkan di dalam al-Quran serta dianjurkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Dengan menyumbang menerusi kempen MyYateem #CareForOrphan, anda boleh memberikan kanak-kanak ini harapan untuk melakar masa depan yang lebih baik menerusi sokongan dari sudut keperluan fizikal, emosi dan psikologi mereka.
Setakat ini, Islamic Relief secara global telah menaja lebih daripada 85,000 orang anak yatim melalui projek penajaan dengan menyediakan makanan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan pendidikan serta membantu lebih 200,000 orang anak yatim di 26 buah negara melalui pelbagai projek bantuan.
Bagaimana anda boleh membantu?
Sabda Nabi SAW: “Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda SAW iaitu jari telunjuk dan jari tengah.”
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

