Tahukah Anda?
- Bangladesh salah sebuah negara paling ramai penduduk di Asia dan berada di tangga ke lapan di dunia.
- 9 juta penduduk Bangladesh masih TIDAK mempunyai kemudahan sumber air bersih berdekatan rumah mereka.
- 6 juta orang tidak mempunyai tandas sendiri di rumah.
- Sumber air di sana kebanyakannya tercemar dengan arsenik dan batu-batuan yang keras.
- Arsenik boleh mengakibatkan penyakit kanser hati, buah pinggang, masalah pundi kencing dan kulit serta penyakit jantung.
- Lebih 40 peratus sumber air ini turut tercemar dengan virus e.coli.
- 73 juta penduduk Bangladesh terpaksa menggunakan air tercemar untuk kegunaan harian kerana tiada pilihan.
Kelebihan bagi penyertaan lot wakaf untuk projek telaga air di Bangladesh: Senarai penama akan diletakkan di plat telaga yang dibina.
Kelebihan projek telaga air Islamic Relief Malaysia: Komuniti yang dibantu mendapat kursus latihan pengurusan, penjagaan dan baik pulih telaga air secara praktikal.
Mereka juga dibekalkan dengan alatan baik pulih secara percuma.
Jangan Lepaskan Peluang Wakaf Ini
Satu Telaga = RM7,080
Satu Lot = RM590
Satu telaga terhad kepada 12 lot/penama
Sa’ad bin ‘Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal. Bolehkah saya bersedekah atas nama beliau? Rasulullah SAW menjawab, “boleh”.
“Sa’ad bertanya lagi, “sedekah apa yang paling utama, wahai Rasulullah? Baginda menjawab, “sedekah berupa air minum.”
(Hadis Riwayat An-Nasa’i)

