Platform Atas Talian

Jom Ikuti Kami!

LaunchGood adalah platform penjanaan dana yang memfokuskan untuk memperkasa komuniti Islam di seluruh dunia. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2013 dengan matlamat untuk menghasilkan impak positif kepada masyarakat. Dengan adanya usaha mewujudkan kempen di platform ini, matlamat yang disasarkan pasti bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Lazada merupakan antara platform yang terawal dalam menawarkan perkhidmatan pembelian secara atas talian di negara-negara maju dengan cara yang cepat, mudah dan selamat. Ia bukan sahaja memberi pengalaman mudah kepada pengguna untuk berbelanja, malahan turut membolehkan pengguna menyumbang menerusi pembelian baucar pakej bantuan yang tersedia di kedai jualan Islamic Relief Malaysia dalam aplikasi Lazada.

Touch ‘n Go E Wallet adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengurangkan transaksi tunai secara lebih senang dan selamat. Pengguna tidak perlu lagi membawa wang tunai apabila keluar berurusan. Ia turut memudahkan pengguna untuk melakukan sumbangan walau dimana-mana sahaja dengan cara mudah, lancar, selamat dan tanpa sentuhan.

GrabPay merupakan salah satu aplikasi e-wallet di Malaysia yang menawarkan kaedah mudah dan selamat untuk membayar pelbagai perkhidmatan atau servis yang digunakan hanya dalam satu aplikasi. Pengguna juga dapat menikmati mata ganjaran Grab untuk setiap transaksi yang dibayar dan ia boleh ditebus dalam bentuk sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan anjuran Islamic Relief Malaysia.

KitaFund merupakan platform penjanaan dana di Malaysia yang membantu melindungi sumbangan pengguna daripada isu ‘scammer’ atau penipuan siber. Platform ini menyediakan maklumat serta perkembangan sesuatu projek pengumpulan dana secara jelas dan telus dari awal hingga akhir untuk rujukan penyumbang dan penerima manfaat.

BIGO LIVE merupakan platform ‘live streaming’ atau rakaman dan siaran secara serentak di atas talian dalam masa yang nyata dengan menghubungkan antara sesama pengguna dalam suasana positif, menarik dan menghiburkan. Ia turut dilengkapi dengan kemudahan untuk menyumbang menggunakan token ke dalam akaun Islamic Relief Malaysia.