Tajaan MyYateem

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
#CareForOrphan

Tajaan MyYateem

Setiap kanak-kanak mendambakan kehidupan yang sempurna; mempunyai sebuah rumah dan keluarga yang bahagia, tempat yang selamat untuk bermain, akses kepada pendidikan yang berkualiti, penjagaan kesihatan yang baik, serta pemakanan yang mencukupi dan bernutrisi.

Namun, tahukah anda, 1 daripada 5 kanak-kanak di seluruh dunia hidup di bawah paras kemiskinan? Ibu bapa sukar untuk memenuhi keperluan asas mereka sekeluarga. Kehidupan kanak-kanak ini sangat mencabar! Saban hari, mereka terpaksa berhadapan dengan risiko penyakit dan kematian. Kebanyakan kanak-kanak ini juga buta huruf dan berisiko terlibat dalam aktiviti buruh kanak-kanak.

Disebabkan pelbagai krisis termasuk peperangan, ramai kanak-kanak yang terpaksa tinggal di kem pelarian setelah keluarga mereka terpaksa meninggalkan kediaman mereka, manakala ada antara kanak-kanak ini masih lagi tinggal di kawasan perang akibat mengalami kecederaan. Mereka ini trauma dan memerlukan sokongan psikososial daripada kita semua!

Islamic Relief telah membantu anak-anak yatim ini dan keluarga mereka sejak 36 tahun lalu. Melalui program tajaan anak yatim, lebih 85,000 kanak-kanak telah dibantu untuk mendapat masa depan yang lebih cerah.

Tahun ini, Islamic Relief Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja anak-anak yatim di lebih 25 buah negara melalui projek Tajaan MyYateem dengan hanya RM350 satu bulan.

Projek ini bertujuan untuk membantu anak-anak yatim agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik sekaligus dapat mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

Dengan tajaan ini, anda dapat membantu seorang anak yatim mendapatkan makanan, pendidikan, perlindungan dan sokongan kesihatan. Tempoh tajaan bagi seorang anak yatim adalah sekurang-kurangnya dua tahun.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Tajaan MyYateem, hubungi Sis Ira di talian +6013-261 7488.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email