DWAS Somalia

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Dana Wakaf Sistem Air (DWAS)

Kompleks Bekalan Air Somalia

Tahukah Anda?

  • Lebih 50% penduduk Somalia tiada akses sumber air – (UNICEF)
  • 99% peratus daripada air yang digunakan di Somalia untuk tujuan ternakan dan pertanian TETAPI sumber air yang ada tidak cukup untuk menampung keperluan itu – (UNICEF)
  • Kekurangan air menyebabkan mereka turut kekurangan makanan.
  • Wanita dan kanak-kanak perempuan di Afrika terpaksa mengorbankan hampir 200 jam setiap hari untuk mengangkut air – (UNICEF)
  • Kemarau di Somalia mengakibatkan lebih suku juta penduduk maut pada 2011.
  • 8 juta kanak-kanak kekurangan zat makanan yang teruk akibat tiada sumber air.

Di Somalia, kami membina Kompleks Bekalan Air Somalia bagi membantu meringankan beban komuniti luar bandar melalui akses kepada air bersih.
Jangan lepaskan peluang berwakaf dan tinggalkan manfaat yang berpanjangan.
1 Lot = RM100

Apa keunikan projek Kompleks Bekalan Air di Somalia?

  • Dilengkapi dengan tangki air & sistem solar panel
  • Haiwan juga mempunyai tempat minum air khusus, berasingan dari paip air tadahan untuk penduduk
  • Mengurangkan jarak perjalanan angkut air. Dari lebih 10KM kepada 400M

Sa’ad bin ‘Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal. Bolehkah saya bersedekah atas nama beliau? Rasulullah SAW menjawab, “boleh”. Sa’ad bertanya lagi, “sedekah apa yang paling utama, wahai Rasulullah? Baginda menjawab, “sedekah berupa air minum.”

(Hadith An-Nasa’i)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email