Menu
Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.
Menurut laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2019, Malaysia sudah berada di tangga ke 16 negara paling aman di dunia. Kedudukan ini menunjukkan peningkatan daripada tahun sebelumnya dimana Malaysia menduduki tempat ke 26.
Syukur, atas nikmat keamanan dan keselesaan hidup yang kita kecapi selama ini. Namun begitu, seperti negara lain, Malaysia tidak terkecuali diuji dengan ancaman bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran dan jerebu. Walaupun kadang-kala ia berlaku dalam skala yang kecil, namun sedikit sebanyak ia tetap menganggu gugat keselamatan dan kesihatan masyarakat setempat.
Pembukaan tahun 2021 agak menyedihkan buat rakyat Malaysia khususnya penduduk di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor, Perak, Selangor kerana diuji dengan bencana banjir hingga mengakibatkan lebih 5 ribu keluarga atau lebih 21 ribu individu terjejas setakat 5 Januari.
Rentetan itu, sebanyak 256 pusat pemindahan banjir telah diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di 26 daerah.
Turut dilaporkan, penduduk negeri Pahang mencatatkan angka terjejas paling tinggi berbanding lima negeri lain yang terlibat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga kini sudah mengenalpasti kawasan-kawasan di pantai Timur yang mungkin dilanda banjir sekali lagi hingga Mac depan berdasarkan kekerapan kawasan itu dinaiki air ketika musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut.
Melihat kepada keperluan semasa, Islamic Relief Malaysia seperti tahun-tahun sebelum ini mengambil langkah proaktif dengan melancarkan kempen Bantuan Kecemasan Lokal dengan sasaran dana sebanyak RM200,000 bagi membantu penduduk yang terjejas khususnya bantuan pasca banjir.
Melalui jaringan kolaborasi bersama agensi kerajaan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), JKM dan sebagainya, Islamic Relief Malaysia berharap rakyat Malaysia akan turut serta menyokong usaha kebajikan ini agar lebih ramai lagi penduduk terjejas berjaya dibantu dengan kadar segera mengikut keperluan dan kehendak semasa.
#mysedekah #kemanusiaantanpasempadan #sikitpunboleh
MAYBANK ISLAMIC | 5621 4270 8704 | |||
MBSB BANK | 1005 0251 0000 0166 | |||
BANK ISLAM | 1202 9010 0656 43 | |||
BANK RAKYAT | 1108 0100 0035 | |||
CIMB ISLAMIC | 8602 0738 18 | |||
AFFIN ISLAMIC | 1067 1000 2784 |
IRM Server | |
Extra-net | |
Staff Mail | |
IR Digital |
Hak cipta © Islamic Relief ™ Malaysia 2019 version 1.0.0 | Nombor Pendaftaran Syarikat: 657354-W. Malaysia Office: A-05-01, Paragon Point, Jalan Medan PB5, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. | |
Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak 1.7% (untuk kad kredit / debit), atau 1.7% atau RM 0.60 yang mana lebih tinggi (untuk pembayaran melalui Perbankan Internet). Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. |