Indonesia masih menghadapi cabaran terhadap kekurangan zat makanan kanak-kanak. Sekitar 27.5% atau 6.5 juta kanak-kanak di bawah lima tahun tinggal di bawah pendarahan (Kementerian Kesihatan di Jawapos.com, Julai 2017). Sesetengah kanak-kanak yang menderita menderita penyakit malnutrisi yang teruk dengan jangkitan penyakit, sementara sesetengah yang lain mengalami kekurangan zat dan gizi. Baru-baru ini, sehingga 19 Januari 2018, terdapat 68 kanak-kanak yang mati akibat kekurangan gizi yang teruk dengan penyakit campak di Asmat, Papua.

“Air naik sangat cepat. Rasa macam tsunami je air tu datang…”

IRM mengakui potensi menyediakan bantuan makanan kepada pelajar miskin di bandar yang mungkin telah mengalami keretakan, terutama mereka yang tinggal di projek perumahan kos rendah melalui Program Makan Sekolah 2019. Inisiatif ini akan menyediakan makanan semasa waktu persekolahan untuk sekurang-kurangnya 135 pelajar yang mempunyai telah dipilih berdasarkan latar belakang keluarga mereka.

“Air naik sangat cepat. Dalam tempoh 5 minit, air sudah sampai paras pinggang. Air datang laju macam ombak. Saya masih ingat waktu kejadian berlaku pukul 3.06 minit pagi.

“Rasa macam mimpi bila terdengar bunyi ombak yang sangat kuat. Memang tak keruan jadinya. Kami sangat risau memikirkan keselamatan ibu dan ayah saya yang juga tinggal di kampung ini serta anak-anak kami.

“Waktu itu, kami terpaksa berlari ke sana-sini untuk memberitahu jiran tetangga yang air sudah mula naik dan banjir akan berlaku. Kami juga berusaha mengetuk pintu rumah jiran dan suami saya turut memandu kereta di kawasan kampung sambil membunyikan hon berulang kali untuk mengejutkan orang kampung,” kata Norizan Robani.

Menurutnya, insiden ban pecah menjadi antara punca keadaan banjir bertambah teruk. Tiada apa yang dapat diselamatkan. Barangan dan alatan perniagaannya di warung yang terletak bersebelahan rumahnya turut musnah.

“Kebiasaan sebelum ini, ketika banjir melanda, paras air meningkat secara perlahan. Jadi, kami ada masa untuk mengemas dan menyelamatkan barang-barang, tetapi kali ini berbeza. Kami pergi ke PPS dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja.

“Pada 31 haribulan yang lalu, air sudah mula naik. Kami sudah merasakan bahawa kemungkinan banjir akan berlaku, maka kami sudah bersiap-sedia mengemas barang-barang di rumah dan meletakkannya di tempat tinggi. Namun, kami tidak menyangka rupanya air naik lebih tinggi hingga paras atap rumah. Rasanya, kalau ban tidak pecah, paras air tidak akan naik setinggi itu.

“Sewaktu malam kejadian ban pecah, saya sempat menelefon anak saudara saya yang tinggal berhampiran kampung ini untuk membantu kami. Dia datang membawa lori, jadi dia sempat membawa peti ais, mesin basuh dan peti sejuk beku saya ke tempat lain. Jadi, itu sahaja barang yang terselamat.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang datang membantu mencuci rumah kami. Kalau harapkan kami sahaja yang buat, tak tahulah berapa lama kami nak siapkan semua ini,” kata Norizan Robani.

Selain menerima bantuan tenaga sukarelawan dalam membantu mencuci rumahnya, Norizan dan suami turut menerima bantuan makanan panas dan pemancut air elektrik daripada Islamic Relief Malaysia, hasil sumbangan dari tabung Bantuan Kecemasan Lokal dan juga bantuan pek makanan, beras, periuk nasi dan cerek elektrik daripada rakan kerjasama Islamic Relief Malaysia, Ansara Malaysia.

Didoakan semoga Norizan dan semua penduduk terjejas di Kampung Spang Loi terus tabah menghadapi ujian ini, dan semoga Allah menggantikan setiap yang hilang dan musnah dengan hadiah yang lebih baik. Amin.