Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
#zahirkankesyukuran

Rezeki Qurban

Aidiladha Dirai, Nikmat Dikongsi

Pada tahun 2023, Islamic Relief secara global telah berjaya mengagihkan 607,402 pek daging korban untuk dinikmati lebih 3.4 juta orang di 28 buah negara merentasi benua.

Agihan tersebut meliputi sumbangan daripada rakyat Malaysia melibatkan edaran 1,168 pek daging korban yang telah diberikan kepada 18,802 penduduk di Mali, Malawi, Somalia, Yaman, Syria dan Gaza, Palestin.

Tahun ini, Islamic Relief Malaysia mensasarkan kutipan dana sebanyak RM500,000 bagi menyantuni penerima bantuan di enam buah negara menerusi 810 penyertaan bahagian korban.

Kempen Rezeki Qurban dibuka sehingga 10 Jun 2024.

"Tahun lalu, saya sangat bersyukur kerana menerima sumbangan daging korban daripada Islamic Relief. Anak-anak saya sangat gembira menikmati juadah daging yang saya masak. Harapnya, Aidiladha tahun ini ada lagi rezeki untuk kami sekeluarga menikmati juadah daging bersama.”
- Um Sajy Abbas, Palestin.
"Kami makan apa sahaja yang penghuni lain berikan atau bantuan yang kami dapat di kem pelarian ini. Daging bukanlah salah satunya. Kami selalu tidur dengan perut yang kosong. Hari ini, kami sangat gembira kerana menerima sumbangan daging korban daripada Islamic Relief. Terima kasih kerana membantu kami.”
- Kheyrta Mustaf Aden, Somalia.

Jom sertai ibadah korban bersama Islamic Relief Malaysia bermula harga SERENDAH RM380.

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email