Ahli Lembaga Pemegang Amanah

AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

Prof. Dr. Azni Idris mempunyai latar belakang pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari University of Birmingham, UK; Ijazah Sarjana Kawalan Pencemaran dari University of Leeds, UK dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dari Newcastle Upon Tyne, UK. Beliau mempunyai kepakaran akademik dalam bidang kejuruteraan alam sekitar termasuk pengurusan sisa dan rawatan air.

Beliau telah bersara dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2019 dengan menyandang jawatan terakhir sebagai Ketua Kajian Penyelidikan Teknologi Hijau dan Tenaga di Fakulti Kejuruteraan, UPM. Prof. Dr. Azni Idris mempunyai pengalaman lebih 33 tahun dalam kerja-kerja pengurusan alam sekitar, dan telah berjaya menyelesaikan banyak projek berkaitan kawalan pencemaran.

Prof. Dr. Azni Idris juga terlibat dengan gerak kerja profesional di peringkat antarabangsa dalam bidang air dan sisa air hingga merangkul banyak anugerah antaranya, Anugerah Akademik Negara 2013 yang disampaikankan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2014 dan Anugerah Penyelidikan Air Cemerlang MWA 2002. Dalam bidang penerbitan pula, beliau telah berjaya menghasilkan lebih daripada 120 jurnal rujukan, 163 penerbitan dalam prosiding dan 5 buah buku. Beliau telah mengembara ke lebih 40 buah negara serta menyertai lebih 49 persidangan di luar negara.

Apa yang lebih membanggakan, Prof. Dr. Azni Idris kini mempunyai 7 Paten di Malaysia iaitu satu hak eksklusif yang dianugerahkan bagi produk yang direkacipta oleh beliau. Salah satu Paten beliau telah mendapat anugerah pingat emas di pameran INNOVA di Brussels pada tahun 2008. Prof. Dr. Azni Idris juga merupakan pengasas bagi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia sejak tahun 2005.

Menyertai Perkhidmatan Awam Malaysia (PTD) pada 1 Disember 1981 selepas tamat pengajian dan berkhidmat di Kementerian Luar Negeri Malaysia sebagai diplomat selama 35 tahun. Dihantar ke beberapa negara iaitu; New Zealand (1985-1987), Zimbabwe (1192-1994), Afrika Selatan (1994-1999) dan dilantik sebagai Duta Besar ke Bahrain (2003-2007), Duta Besar untuk Spain (2007-2010) 2013-2016).

Nurhayati Hassan ialah seorang perunding bertauliah serta penasihat dan perancang kewangan berlesen. Sebelum ini, beliau ialah seorang perunding hal ehwal sumber manusia yang pakar dalam penilaian bakat korporat dan perancangan penggantian. Beliau juga mempunyai latar belakang korporat dalam perbankan pelaburan termasuk penyelidikan dan analisis, kewangan korporat dan perancangan strategik.

Beliau memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pengurusan dari Universiti Golden Gate dan Ijazah dalam bidang Perakaunan dengan Pengkomputeran dari Universiti Kent. Beliau adalah ahli Persatuan Perancang Kewangan Malaysia dan Persatuan Jurulatih Bertauliah Malaysia.

Dato’ Sri Syed Saleh Bin Syed Abdul Rahman merupakan Pengarah Eksekutif di Lembaga Tabung Haji (TH). Mempunyai latar belakang pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di dalam bidang Kejuruteraan Awam dan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Wales, United Kingdom. Beliau mempunyai pengalaman kerjaya selama 34 tahun dalam pelbagai bidang seperti Perkhidmatan Korporat & Kewangan, Pengurusan Dana, Pembangunan Perniagaan, Pelaburan Hartanah dan Ekuiti serta Pengurusan Haji. Kini, beliau juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sejak 2018 hingga kini.

Datuk Nur Iskandar mempunyai pengalaman luas selama 41 tahun dalam industri minyak, gas dan petrokimia. Beliau juga menyandang pelbagai jawatan kepimpinan kanan di Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), iaitu syarikat minyak milik Malaysia sepenuhnya dan satu-satunya organisasi Malaysia yang tersenarai dalam 500 syarikat global di dalam majalah perniagaan Amerika iaitu Fortune. Kemahiran utama beliau adalah dalam bidang pengurusan projek, operasi perniagaan dalam kemudahan pembuatan dan pembangunan kepimpinan. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari University of Leeds, United Kingdom. Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Majlis Penasihat Industri Universiti Sains Malaysia serta menyandang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di beberapa anak syarikat Petronas sebelum ini.

Puan Hafidah mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian dari University of Hull, United Kingdom dan telah mula berkhidmat dalam bidang perundangan di Malaysia sejak tahun 1995. Beliau pernah berkhidmat di Tetuan Riza Leong & Partners dan kemudian ditawarkan berkhidmat dalam Badan Peguam Malaysia pada tahun 1995. Selepas itu, beliau telah berkhidmat di tiga firma guaman lain sebelum menjadi rakan kongsi di salah satu firma guaman terbesar di Malaysia iaitu Skrine dan bertugas di jabatan Perbankan Islam, Pelaburan dan Pasaran Modal. Bidang kepakaran beliau ialah perbankan dan kewangan, pasaran modal, hartanah dan penasihat korporat. Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Majlis Peguam Malaysia dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Awanbiru Technology Berhad.

Dr Mohamed Amr Attawia berasal dari Mesir di mana beliau mendapat ijazah kedoktorannya di Kaherah Universiti College of Medicine dan Sarjana Bioperubatan Sains di Universiti Northeastern, Boston.

Kini, Dr Attawia berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di CuraCell dan merupakan ahli yang aktif dalam Masyarakat Islam di Amerika Syarikat (AS).

Beliau pernah menghabiskan dua tahun sebagai seorang Pasca Doktoral di Bahagian MIT-Harvard Sains Kesihatan dan Teknologi sebelum menyertai Allegheny University sebagai Penolong Profesor dan Timbalan Pengarah Pusat Biobahan dan Kejuruteraan Tisu.

Dr Attawia kemudian dilantik sebagai Profesor Madya di Jabatan Kejuruteraan Kimia di Universiti Drexel, Pennsylvania, Amerika Syarikat.