Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Pendidikan

CHEER TO SCHOOL

Bantuan Persekolahan

Kempen Cheer To School (CTS) menyasarkan pengumpulan dana sebanyak RM50,000 untuk membantu pelajar-pelajar daripada golongan keluarga B40 dan ke bawah, miskin bandar, anak yatim, dan orang kurang upaya di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.

Inisiatif ini diwujudkan bagi meringankan beban ibu bapa serta penjaga mereka dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak seperti pakaian seragam, beg sekolah, kasut, alat tulis, buku latihan, pelitup muka dan cecair pencuci tangan.

Pendekatan ini juga dilihat sebagai salah satu bentuk usaha yang boleh menjadi pendorong kepada anak-anak agar lebih bersemangat untuk menuntut ilmu.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) mendapati, keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di bandar atau golongan miskin bandar khususnya ibu tunggal terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk keperluan anak-anak mereka sebanyak 84 peratus.

Bayangkan jika kini kebanyakan ibu bapa berdepan masalah untuk menyediakan kelengkapan pembelajaran secara atas talian, bagaimana pula dengan kelengkapan persekolahan lain apabila menjelang pembukaan sekolah nanti. Di kebanyakan kawasan luar bandar atau penduduk miskin bandar, masalah ini sudah lama mereka hadapi. Kegagalan untuk membayar yuran sekolah juga sering menjadi tekanan kepada ibu bapa. Sesi pembukaan sekolah akan datang pastinya memberi cabaran berganda buat ibu bapa yang kurang berkemampuan.

“Kebanyakan pelajar tinggal di flat yang berhampiran dan rata-rata mereka mempunyai adik beradik yang ramai. Pendapatan ibu bapa mereka tidak menentu, situasi menjadi parah selepas wabak Covid-19 melanda. Ibu bapa yang tidak berkemampuan, terpaksa membayar yuran tahunan persekolahan anak-anak mereka secara ansuran sebanyak 2-3 kali. Bahkan, kami sering berdepan dengan pelajar-pelajar yang tidak mampu untuk membeli kelengkapan sekolah baru seperti uniform sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan lain-lain lagi.

Sekiranya tiada agensi luar yang membantu, kami di peringkat sekolah akan mengambil inisiatif sendiri untuk membeli kelengkapan sekolah untuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Islamic Relief Malaysia dan para penyumbang di luar sana, kehadiran anda semua ke sini, menunjukkan kasih sayang antara kaum wujud tanpa mengira perbezaan kita.”

Thilakavaty A/P Ganeshan, Guru SJK Tamil, Dengkil, Selangor

Tahukah Anda?

Berdasarkan pengalaman Islamic Relief Malaysia sewaktu menjalankan projek CTS pada tahun-tahun sebelum ini, inisiatif ini nyata memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada para pelajar malahan juga kepada ibu bapa, guru, sekolah dan sukarelawan yang membantu menjayakan program.

Program ini juga selaras dengan sekurang-kurangnya 4 matlamat dalam Tujuan Pembangunan Sosial (SDG) yang disenaraikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti SDG 1: No Poverty, SDG 4: Quality Education, SDG 16: Peace, Justice, and Strong Institutions and SDG 17: Partnership for the goals.

Terdahulu, program ini dilaksanakan menggunakan konsep membeli-belah bersama para pelajar bagi memberi peluang kepada mereka memilih sendiri barangan keperluan yang disumbangkan berdasarkan senarai barang yang telah diberikan.

Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ibu bapa dan memberi motivasi kepada anak-anak pelajar agar lebih bersemangat dalam menuntut ilmu.

Setiap insan berhak mendapat peluang pendidikan yang sama rata.

Jom bantu mereka sekarang dengan menyokong kempen ini!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email