Ride For Humanity

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Pembelian Kenderaan

RIDE FOR HUMANITY

Dalam usaha melancarkan lagi proses edaran barangan bantuan kepada penerima manfaat yang memerlukan, Islamic Relief Malaysia memohon sokongan daripada anda semua untuk merealisasikan sasaran kami bagi pembelian kenderaan rasmi Islamic Relief Malaysia.

Objektif pengumpulan dana “Ride For Humanity” khusus untuk memudahkan perjalanan dan pergerakan misi bantuan serta kerja-kerja kemanusiaan kakitangan dan sukarelawan Islamic Relief Malaysia.

Dana yang dikumpul turut merangkumi kos cukai jalan, insuran, penyelenggaraan, minyak dan tol sewaktu kerja-kerja kebajikan dilaksanakan.

Bantu kami untuk kami bantu mereka yang memerlukan di luar sana.

Doa kami semoga setiap sumbangan yang dihulurkan untuk memudahkan perjalanan Islamic Relief Malaysia dalam membantu golongan rentan menjadi saham akhirat berpanjangan buat anda semua.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email