Tabung Pendidikan RISE

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Sektor Pendidikan

Tabung Pendidikan RISE

Refugee Intellectual Skills & Excellence (RISE)

Isu limpahan pelarian merupakan isu yang tidak asing lagi di seantero dunia berikutan konflik dalaman dan peperangan yang berlaku di sesetengah negara semakin meningkat. Malaysia tidak terkecuali menerima tempiasnya.

Antara kelompok pelarian yang terdapat di Malaysia ialah rakyat Syria, Afghanistan, Palestin, Somalia dan juga kelompok Rohingya iaitu etnik minoriti terpinggir di Myanmar.

Walaupun Malaysia bukan negara yang menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967, Malaysia tetap menyediakan pelbagai bantuan kemanusiaan yang sewajarnya kepada komuniti pelarian yang ada.

Tidak hanya diperingkat kerajaan semata-mata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga banyak memainkan peranan dalam menawarkan bantuan kepada mereka, meliputi sumbangan keperluan asas, pendidikan untuk kanak-kanak serta sokongan moral.  

Pendidikan Milik Semua Insan

Berpegang kepada nilai keadilan sosial yang tidak mengira sebarang bentuk perbezaan, Islamic Relief Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan Pusat Bimbingan Alternatif, ‘Refugee Intellectual Skills & Excellence’ (RISE) di Kajang, Selangor sejak 2017.

Objektif penubuhannya bertujuan untuk menyediakan program pendidikan yang holistik termasuk intelek, kemahiran dan sahsiah dalam kalangan komuniti pelarian.

Islamic Relief percaya bahawa dengan pendidikan, kanak-kanak pelarian ini berpeluang mengubah nasib diri dan keluarga agar menjadi lebih baik, selain mengelakkan mereka daripada dieksploitasi menjadi mangsa seksual atau pekerja buruh.

Justeru, dalam usaha menawarkan pendidikan berterusan yang menjadi hak asasi setiap kanak-kanak, Islamic Relief Malaysia telah melancarkan kempen bagi kelancaran pengendalian sekolah RISE dengan sasaran pengumpulan dana sebanyak RM200,000.

Bantuan meliputi:

Makanan Berkhasiat di Sekolah

Aktiviti atau Projek Sekolah

Bantuan Keperluan Asas Untuk Keluarga

Peralatan Sekolah & Alat Bantu Mengajar

Bantuan Kewangan Untuk Pendidikan Menengah

Kos Operasi Sekolah

Bersama-sama, kita mampu membantu kanak-kanak pelarian menggapai masa depan yang lebih cerah melalui pendidikan.

Sesungguhnya, telah berkata Imam al-Syafi’e R.A, “Menuntut ilmu itu lebih baik daripada melakukan ibadah sunat.”

Jadi, semoga setiap sumbangan yang diinfaqkan, akan membantu mereka untuk terus berada di jalan menuntut ilmu, dan terselit pahala berpanjangan buat kita semua.

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email