Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Kecemasan

Rayuan Pakistan

“Tragedi yang melanda ketika ini merupakan salah satu bencana terbesar yang dialami Pakistan sejak 2010."

Asif Sherazi, Pengarah Negara Islamic Relief Pakistan

Banjir Monsun Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Pakistan kini sedang diuji dengan bah besar ekoran hujan monsun yang melanda negara itu.

Sejak pertengahan Jun lalu, bencana yang dikatakan terburuk dalam tempoh sedekad ini telah meragut lebih 1,000 nyawa dan mencederakan lebih 1,500 orang.

Menteri Perubahan Iklim Pakistan menyifatkan, hujan monsun ini ibarat musibah yang dahsyat.

Menurut kerajaan Pakistan, seramai 33 juta penduduk dilaporkan terjejas.

Banjir yang melanda telah menyebabkan kerosakan meluas kepada infrastruktur serta menyebabkan kerugian besar kepada penduduk setempat.

Ia turut menghalang orang ramai untuk melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat serta menyukarkan kerja-kerja penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas.

Kerosakan dan kemusnahan melibatkan:-

  • 949,858 rumah
  • 145 jambatan
  • >3,000 kilometer jalan raya
  • >802,000 haiwan ternakan maut dibawa arus deras
  • 2 juta ekar tanaman dan ladang pertanian terjejas (304,00 ekar di Balochistan; 178,000 ekar di Punjab dan 1.54 juta ekar di Sindh).

Bantuan Islamic Relief

Islamic Relief telah beroperasi dan menyalurkan bantuan kemanusiaan di Pakistan sejak tahun 1992 melibatkan bantuan makanan, akses air bersih, perlindungan, kecemasan, penjanaan pendapatan berterusan, tajaan anak yatim dan banyak lagi.

Setakat ini, Islamic Relief telah mengedarkan bantuan kepada komuniti terjejas banjir di kawasan Nushki, Quetta di Balochistan, daerah Tank dan DI Khan di Khyber Pakhtunkhwa dan di Malir, Karachi, Thatta serta Mirpur Khas, Sindh melibatkan:

  • 155 khemah
  • 1,610 pek makanan
  • 1,120 bantuan wang tunai
  • 905 alatan dapur
  • 1,070 kit kebersihan
  • 800 tarpaulin

Kira-kira 15,000 individu dan 3,050 buah keluarga telah menerima sumbangan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam situasi darurat ketika ini.

Kami Rayu Sokongan Anda

Dengan sokongan anda, Islamic Relief sudah berjaya menyalurkan bantuan kepada lebih 3 ribu keluarga yang terjejas banjir ketika ini, namun masih ramai yang sedang menanti bantuan sampai untuk meneruskan kehidupan dalam situasi kecemasan.

Teruskan membantu dan menyokong kempen Rayuan Pakistan. Setiap nilai sumbangan yang anda hulurkan dapat mengubah kehidupan mereka yang sedang menderita menjadi lebih baik.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email