Indonesia masih menghadapi cabaran terhadap kekurangan zat makanan kanak-kanak. Sekitar 27.5% atau 6.5 juta kanak-kanak di bawah lima tahun tinggal di bawah pendarahan (Kementerian Kesihatan di Jawapos.com, Julai 2017). Sesetengah kanak-kanak yang menderita menderita penyakit malnutrisi yang teruk dengan jangkitan penyakit, sementara sesetengah yang lain mengalami kekurangan zat dan gizi. Baru-baru ini, sehingga 19 Januari 2018, terdapat 68 kanak-kanak yang mati akibat kekurangan gizi yang teruk dengan penyakit campak di Asmat, Papua.
“Barang dalam rumah semua rosak. Nak beli bukan senang, lama kami kumpul duit. Tapi apa boleh buat, Allah nak uji kita.”
IRM mengakui potensi menyediakan bantuan makanan kepada pelajar miskin di bandar yang mungkin telah mengalami keretakan, terutama mereka yang tinggal di projek perumahan kos rendah melalui Program Makan Sekolah 2019. Inisiatif ini akan menyediakan makanan semasa waktu persekolahan untuk sekurang-kurangnya 135 pelajar yang mempunyai telah dipilih berdasarkan latar belakang keluarga mereka.
“Kali terakhir rumah kami banjir, pada tahun 1996. Tapi keadaan masa itu tak seteruk kali ini. Banjir kali ini air naik sampai atas paras tingkap. Kalau kami tak keluar daripada rumah, memang boleh lemas sebab air sudah melebihi paras ketinggian kami,” kata Zaidah Abdul Majid, penduduk terjejas banjir di Kampung Sri Puchong.
Bencana banjir yang melanda 7 negeri di semenanjung baru-baru ini bukan sahaja merosakkan harta benda penduduk malahan turut meragut nyawa manusia dan haiwan.
Ia ibarat mimpi ngeri buat semua penduduk terlibat memandangkan ada yang tidak pernah sama sekali melaluinya sebelum ini dan ada juga yang pernah melaluinya namun tidak seteruk apa yang terjadi kali ini.
“Sewaktu hari Sabtu kejadian berlaku, kami fikir jika air naik sekalipun, mungkin hanya paras buku lali sahaja, sama seperti banjir yang melanda dahulu. Tapi, makin lama, kami tengok air naik semakin tinggi dan dalam masa yang sangat cepat.
“Kami empat beranak sudah cuba sedaya-upaya untuk selamatkan barang-barang di dalam rumah dan letak di tempat tinggi, tapi paras air naik lebih tinggi. Memang tak boleh nak buat apa-apa.
“Barang di dalam rumah semuanya rosak. Tak ada apa yang tinggal, padahal banyak barang yang baru sahaja beli. Nak beli bukan senang, lama kami kumpul duit. Tapi apa boleh buat, Allah nak uji kita. Nasib baik kami sempat letak kereta di kawasan tinggi, di Taman Sri Puchong.
“Dalam keadaan kelam-kabut mengemas barang-barang, suami ajak kami keluar dari rumah memandangkan air naik semakin tinggi dan risau kami akan lemas. Tiada barang yang sempat kami bawa, hanya sehelai sepinggang sahaja. Kami pergi sambil membawa kucing-kucing peliharaan yang dimasukkan dalam kotak polisterin. Dengan berat hati, kami tinggalkan juga rumah dan reda dengan apa yang terjadi. Sepanjang menunggu air surut, kami terpaksa menumpang di rumah mak saya,” kata Zaidah.
Menurut Zaidah dan suami, meskipun Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ada dibuka untuk penduduk terjejas, namun mereka risau untuk berada di kawasan yang ramai dalam satu-satu masa ekoran pandemik COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya. Tambahnya lagi, biarlah PPS itu digunakan bagi mereka yang tiada saudara-mara atau adik-beradik yang tinggal berdekatan untuk tumpang berteduh.
“Kami mula mengemas rumah pada hari Isnin, 20.12.2021 lalu. Keadaan rumah sangat teruk. Lumpur yang membanjiri dalam dan luar rumah sangat tebal. Baunya juga busuk. Penat sangat rasa nak mengemas serta mencuci rumah dan barang-barang.
“Sekarang, rumah kami kosong, tikar pun tiada. Kami sangat berharap ada bantuan dihulurkan memandangkan kami bukan daripada keluarga yang senang.
“September lalu, rumah kami baru sahaja dilanda ribut. Dalam keadaan hujan yang sangat lebat, atap rumah kami tercabut dan air hujan memenuhi ruang tamu hingga ke dalam bilik. Tahun ini memang dugaan besar buat kami,” kata Zaidah.
Sepanjang bercerita segala pengalaman yang dilalui ini bersama kakitangan Islamic Relief Malaysia, senyum dan tawa tidak pernah lekang di bibir Zaidah dan suami. Kadangkala lawak mereka menghiburkan suasana seketika.
Jauh di sudut hati, kami tahu pastinya ada rasa sedih dan pelbagai perasaan bercampur-baur dalam diri. Mana tidaknya, segala titik peluh yang mereka usaha dan kumpulkan, musnah dalam sekelip mata.
Sewaktu Islamic Relief Malaysia mengedarkan bantuan periuk nasi dan dapur gas di Balai MPKK Batu 12, Kampung Sri Puchong, suami Zaidah, Esa Ibrahim menzahirkan rasa syukur tidak terhingga atas bantuan yang diberikan kepadanya dan penduduk kampung.
Doa kami semoga Zaidah dan semua penduduk yang terjejas ketika ini terus tabah mengharungi ujian. Semoga ada hikmah di sebalik semua ini dan semoga Allah gantikan semua yang hilang dengan ganjaran yang lebih baik.