Tajaan MyYateem

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
#CareForOrphan

MyYateem Sponsorship

Setiap kanak-kanak mendambakan kehidupan yang sempurna; mempunyai sebuah rumah dan keluarga yang bahagia, tempat yang selamat untuk bermain, akses kepada pendidikan yang berkualiti, penjagaan kesihatan yang baik, serta pemakanan yang mencukupi dan bernutrisi.

Namun, tahukah anda, 1 daripada 5 kanak-kanak di seluruh dunia hidup di bawah paras kemiskinan? Ibu bapa sukar untuk memenuhi keperluan asas mereka sekeluarga. Kehidupan kanak-kanak ini sangat mencabar! Saban hari, mereka terpaksa berhadapan dengan risiko penyakit dan kematian. Kebanyakan kanak-kanak ini juga buta huruf dan berisiko terlibat dalam aktiviti buruh kanak-kanak.

Disebabkan pelbagai krisis termasuk peperangan, ramai kanak-kanak yang terpaksa tinggal di kem pelarian setelah keluarga mereka terpaksa meninggalkan kediaman mereka, manakala ada antara kanak-kanak ini masih lagi tinggal di kawasan perang akibat mengalami kecederaan. Mereka ini trauma dan memerlukan sokongan psikososial daripada kita semua!

Islamic Relief telah menyokong anak-anak yatim dan keluarga rentan yang terjejas akibat konflik, kemiskinan serta cabaran kemanusiaan lain selama lebih 36 tahun.

Melalui Program Tajaan Anak Yatim di peringkat global, kami menyediakan sokongan jangka panjang kepada lebih 85,000 anak yatim di pelbagai negara di seluruh dunia. Sokongan ini merangkumi akses kepada pendidikan, makanan dan keperluan asas keluarga, rawatan kesihatan, tempat tinggal serta bantuan lain berdasarkan keperluan setiap anak dan keluarga mereka.

Tahun ini, melalui MyYateem Sponsorship, Islamic Relief Malaysia menyasarkan untuk memastikan 5,000 anak yatim di lebih 10 negara menerima tajaan dan sokongan berterusan. Ini termasuk anak-anak yatim di Palestin, Jordan (pelarian Palestin), Somalia dan Sudan, serta negara-negara lain yang berdepan kemiskinan, konflik dan krisis kemanusiaan.

Dengan hanya RM350 sebulan selama dua tahun minimum, anda boleh menaja seorang anak yatim dan membantu menyediakan sokongan asas seperti pendidikan, makanan, tempat tinggal dan rawatan perubatan. Tajaan anda dapat membantu meringankan cabaran yang dihadapi oleh anak-anak dan keluarga mereka, di samping memberi mereka peluang yang lebih baik untuk belajar, membesar dan membina masa depan yang lebih baik dengan penuh bermaruah.

Bersama-sama kita berdiri bersama anak-anak yatim dan membantu mereka melangkah ke arah masa depan yang lebih selamat, cerah dan penuh harapan.

Bantuan MyYateem Sponsorship

Melalui MyYateem Sponsorship, setiap anak yatim yang ditaja menerima bantuan kewangan bulanan yang membantu mereka dan keluarga memenuhi keperluan pendidikan, termasuk membayar yuran persekolahan serta membeli buku dan bahan pembelajaran.

Dana tajaan ini turut digunakan bagi menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian dan barangan harian, selain membantu mendapatkan rawatan kesihatan, memperbaiki keadaan tempat tinggal serta menyediakan makanan tambahan seperti vitamin dan suplemen mengikut keperluan.

Sepanjang 2025, seramai 125 anak yatim menerima tajaan melalui MyYateem Sponsorship di 19 negara, termasuk Palestin, Somalia, Sudan, Syria, Yaman, Jordan, Afghanistan, dan Indonesia manakala pada tahun 2026, seramai 127 anak yatim sedang menerima tajaan dan sokongan.

Dengan tajaan ini, anda dapat membantu seorang anak yatim mendapatkan MAKANAN, PENDIDIKAN, PERLINDUNGAN dan SOKONGAN KESIHATAN. Tempoh tajaan bagi seorang anak yatim adalah sekurang-kurangnya dua tahun.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Tajaan MyYateem, hubungi Sis Ira di talian +6013-261 7488.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email