Sulawesi Perlukan Perhatian Dunia
Sulawesi, 5 Okt 2018 – Angka kematian di Sulawesi kini meningkat kepada 1763 berikutan gempa bumi berskala Richter 7.4 yang melanda di daerah Palu dan Donggala pada 28 September lalu.   Ia sekaligus mengakibatkan kecederaan seramai 2,600 orang manakala 113 lagi masih belum ditemui. 152 orang tertimbus dalam timbunan sampah sarap.   Pengarah Negara, Islamic [...]
Baca sambungan »
79 Maut di Filipina
Filipina, 8 Okt 2018 – 79 dilaporkan maut di Itogon, Benguet berpunca daripada tanah runtuh dan sekurang-kurangnya dua masih lagi tidak ditemui akibat Taufan Mangkhut yang melanda kawasan itu 12 September lalu.   Menurut Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Nasional, hampir 3 juta penduduk bersamaan dengan 719,565 keluarga turut terjejas dengan taufan tersebut yang dianggap terkuat [...]
Baca sambungan »
Tingkat Taraf Sosial Orang Asli
Dengkil, 3 Okt 2018 – 23 peserta daripada Kelas Dewasa Asli Peribumi (KEDAP) mendapat bimbingan proses penanaman cendawan dan penyediaan cendawan tiram kelambu di bawah kelolaan Islamic Relief Malaysia (IRM). Program yang mendapat kerjasama pihak Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu bertujuan untuk meningkatkan pendapatan komuniti Orang Asli.   Ia sekaligus memberi pendedahan [...]
Baca sambungan »
IRM Bakal Lahirkan Pelatih Unggul
Bangi, 1 Okt 2018 – Enam orang kakitangan Islamic Relief Malaysia (IRM) bersama dua orang kakitangan Islamic Relief (IR) Mauritius bakal dinobatkan sebagai pelatih menerusi program ASEAN Region, Train the Trainer.   Program yang disediakan oleh Institut of Leadership and Management (ILM) bertujuan untuk melahirkan individu dari sesebuah organisasi untuk menjadi pelatih yang sah untuk [...]
Baca sambungan »
Bantuan Kebakaran Sarawak Kurangkan Beban
Kapit, 3 Okt 2018 – Sekurang-kurangnya 48 buah keluarga menerima bantuan kecemasan daripada Islamic Relief Malaysia (IRM) selepas kebakaran berlaku di Rumah Panjang Dagum dan Rumah Panjang Bada, Kapit, Sarawak.   Kebakaran tersebut dipercayai berlaku akibat rebakan api ketika memasak di kedua-dua Rumah Panjang. Selepas penilaian dilakukan, antara barangan yang diagihkan termasuklah makanan, selimut, kanvas, [...]
Baca sambungan »
Tsunami Landa Sulawesi
Sulawesi, 1 Oktober 2018 – Lebih 1200 nyawa terkorban akibat bencana tsunami ekoran daripada gempa bumi berukuran 7.5 magnitud di Daerah Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia, pada 28 September lalu.   Jumlah kematian dijangka meningkat memandangkan maklumat terkini daripada kawasan yang paling terjejas masih belum diterima.   Laporan tempatan menjelaskan bahawa sekitar 750,000 penduduk [...]
Baca sambungan »