Projek perikanan bersepadu membantu ratusan petani

Kesemua 1,500 meter tali air telah dibangunkan, 1,180 meter tali air kedua telah dibina dan 385 meter tali air lama telah dibaik pulih. Secara keseluruhannya, 120 hektar tanah yang sebelum ini tidak digunakan kini telah mempunyai pengairan sempurna, hasil inisiatif projek ini. Para petani yang dahulunya hanya mempunyai 25 hektar tanah, kini memiliki 145 hektar tanah yang boleh dicucuk tanam.

Sebagai sebahagian dari projek ini, sembilan kolam ikan, tiga pada setiap laman, telah digali dan ia meliputi kawasan sejumlah 3,500 meter per segi dan mempunyai 36,000benih ikan di dalamnya. Hasil tuaian ikan yang pertama telah berjaya dilakukan pada bulan lalu, Julai 2016 dan menyaksikan purata 100 kilogram ikan berjaya dituai dari setiap laman.

Skim ini juga merangkumi latihan kepada para petani. Ini membolehkan mereka mengasah kemahiran dan kebolehan mereka dalam menguruskan sistem pengairan dan projek perikanan ini. Latihan ini termasuklah pembinaan dan pengurusan sistem pengairan graviti dan kolam ikan, perikanan, perniagaan agrikultur, pengurusan tanaman dan kepimpinan serta dinamisme kumpulan.

Projek perikanan bersepadu ini telah mendatangkan kesan positif kepada masyarakat petani setempat dan keluarga mereka. Kini, mereka mampu membayar yuran persekolahan anak mereka dan membeli aset rumah seperti kepingan logam dan haiwan ternakan – kebimbangan makanan tidak lagi menghantui mereka. Salah seorang petani berkata: “Sekiranya semua organisasi melakukan seperti mana yang dilakukan oleh Islamic Relief, sudah tentu kebuluran akan terhapus di Malawi.”

Islamic Relief telah membantu usaha mewujudkan mata pencarian yang lebih stabil di Malawi sejak 2006.