Krisis Kemarau Etiopia

Hujan di bawah paras purata di kawasan Oromia, Amhara, Somali dan Afar di negara tersebut telah menimbulkan kejadian kemarau yang baru, yang telah mengakibatkan 5.6 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan segera.

IR Etiopia telah menjalankan penilaian keperluan pantas di dua zon kawasan, termasuklah Afder, yang paling teruk terjejas.

Islamic Relief merupakan satu-satunya organisasi kemanusiaan antarabangsa yang bertugas di Afder.

Keperluan utama adalah air, makanan dan perlindungan ternakan (makanan kecemasan ternakan).

Musim kering ini dijangka berlarutan sehingga April 2017.

Populasi yang terjejas di Etiopia sedang mengalami krisis kemanusiaan kerana kemarau dijangka akan menjadi semakin teruk di dalam bulan-bulan yang akan datang.

Program Cheer To School 2016

Labu, 10 Dis. 2016 – Islamic Relief Malaysia (IRM) meraikan 71 pelajar Sekolah Kebangsaan Tekir dalam program Cheer To School (CTS) atau “Ceria Ke Sekolah”. Mereka terdiri daripada anak-anak asnaf Orang Asli dari kaum Temuan.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh golongan yang kurang berkemampuan melalui bantuan persekolahan berupa dua pasang set pakaian sekolah, sepasang kasut beserta stokin, beg sekolah dan set alat tulis.

Selain penyerahan sumbangan, aktiviti lain yang turut dijalankan ialah aktiviti psikososial bersama kakitangan IRM diikuti dengan slot motivasi dari kantanpreneur yang dianggotai oleh penyanyi Encik Mimpi, Imam Muda Najdi dan beberapa anggota lain. Mereka bukan sahaja menyanyi sambil bermain alat muzik, tetapi juga berkongsi pengalaman mereka semasa menuntut di alam persekolahan dan universiti agar pelajar-pelajar SK Tekir mendapat semangat untuk kembali ke sekolah pada sesi 2017 nanti.

Program ini turut mendapat tajaan buku daripada Utusan Karya Sdn. Bhd. dan minuman yogurt pelbagai perisa dari Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad. Kerjasama yang baik dari semua pihak yang terlibat telah melancarkan perjalanan program dan memberikan seribu senyuman kepada anak-anak SK Tekir. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi memberi kesedaran dan membantu golongan minoriti yang terdapat di Malaysia.

 

Islamic Relief menyokong 3,500 individu di Aleppo dan Idlib

Selimut, makanan dan air telah dibekalkan kepada ribuan yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka setibanya musim sejuk.

Sejak Jumaat (16 Disember), lebih 10,300 orang telah melarikan diri dari Timur Aleppo ke kawasan perkampungan di luar bandar dan ke kawasan Idlib yang bersebelahan, yang 37 batu (60 km) jaraknya.

Dan sepanjang tiga hari yang lalu sahaja, pasukan Islamic Relief di Syria telah menyantuni 3,500 orang, mengagihkan selimut dan tilam dan lapik plastik serta makanan, botol minuman dan tepung gandum untuk membuat roti.

rs66618_imgl0719

Kami akan terus mengutamakan kerja-kerja bantuan kami untuk mereka yang telah menyelamatkan diri dari Aleppo dan pasukan kami kini sedang menilai keperluan di kawasan-kawasan lain dan memantau perkembangan situasi.

Data PBB menunjukkan lebih setengah juta penduduk di seluruh Syria telah meninggalkan kediaman mereka sejak awal tahun ini termasuklah penyingkiran terkini penduduk-penduduk dari Aleppo.

Seiring dengan tumpuan terhadap Aleppo yang semakin meningkat, arus penyingkiran terus menerus berlaku di bahagian-bahagian lain negara tersebut yang telah mengakibatkan lambakan keluarga mengalami keadaan yang sukar apabila suhu semakin menurun dan musim sejuk bermula.

Kini, 700 orang sedang menyelamatkan diri dari dua pekan yang terkepung iaitu Foah dan Kefraya dan menuju ke daerah Idlib yang berhampiran.

Satu ciri utama bantuan Islamic Relief ke atas Syria adalah pendanaan projek mampan yang merangkumi pendidikan, kesihatan, bekalan air, sanitasi dan kebersihan, yang kesemuanya akan membantu golongan yang tersingkir untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan selesa.

Sila menderma untuk menyokong kerja lapangan kami di Syria di sini.

Untuk temuramah media dan akses kepada fotografi dan rakaman video Islamic Relief di Syria, sila hubungi penyelaras media antarabangsa Mohammad Shakir di talian +442075933237 atau +447747022590 atau e-mel Mohammad.Shakir@irworldwide.org

A man drops to the ground with a peace sign after being evacuated from Aleppo

Seorang lelaki melutut sambil menunjukkan simbol keamanan dengan kedua-dua tangannya setelah menyelamatkan diri dari Aleppo dengan menaiki bas.

Kilang pakaian bantu kaum wanita untuk membebaskan diri dari kemiskinan

Selimut, makanan dan air telah dibekalkan kepada ribuan yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka setibanya musim sejuk.

Sejak Jumaat (16 Disember), lebih 10,300 orang telah melarikan diri dari Timur Aleppo ke kawasan perkampungan di luar bandar dan ke kawasan Idlib yang bersebelahan, yang 37 batu (60 km) jaraknya.

Dan sepanjang tiga hari yang lalu sahaja, pasukan Islamic Relief di Syria telah menyantuni 3,500 orang, mengagihkan selimut dan tilam dan lapik plastik serta makanan, botol minuman dan tepung gandum untuk membuat roti.

aferdita-right

Setelah melaksanakan kursus dan latihan kepada 32 orang ibu tunggal, Islamic Relief telah mengupah tujuh orang wanita di sebuah kilang pakaian mini, dan membekalkan mesin jahit kepada 10 wanita yang lain, membolehkan mereka bekerja dari rumah.

Setelah Aferdita (kanan dalam gambar) kehilangan suaminya, beliau gagal mendapatkan pekerjaan dan mengalami kesukaran untuk menyara keluarganya.

Beliau berkata: “Saya tidak pernah sekali pun terfikir untuk mencari kerja sepanjang hayat saya, ataupun memiliki kemahiran yang membolehkan saya bekerja dan memperoleh pendapatan.

“Saya sangat teruja untuk mempelajari kemahiran yang baru tetapi takdir hidup saya telah membawa saya kepada arah yang berlainan, dan saya langsung tidak berpeluang, jadi peluang ini amatlah saya hargai.

“Saya sangat mementingkan kekemasan pada pakaian, dan mempelajari bagaimana untuk menghasilkan pelbagai jenis pakaian menuntut kesungguhan dan ketelitian yang tinggi.

“Sebagai ketua rumah – dan juga seorang ibu – saya rasa lebih berdaya usaha.

Cadangan masa akan datang termasuklah menambahkan sebuah kedai untuk kilang tersebut di mana golongan wanita ini boleh menjual hasil jahitan mereka.

Ketahui lebih lanjut tentang kerja lapangan kami di Kosova di sini.

Pelan bantuan kecemasan Aleppo untuk keluarga yang menyelamatkan diri mereka

Pasukan Islamic Relief Syria terus kental dalam membantu ribuan individu yang melarikan diri dari kota tersebut.

Pasukan kami di Syria sedang menyediakan pelan pengagihan untuk memastikan barangan bantuan kecemasan yang disimpan di dalam gudang kami di pinggir Aleppo berjaya disampaikan kepada golongan yang paling memerlukannya.

Sehingga 100,000 penduduk dijangka akan meninggalkan kota tersebut di dalam beberapa hari akan datang dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat di utara, barat dan selatan Aleppo, termasuklah ke kota Idlib.

“Jutaan nyawa telah terkorban dan penduduk Aleppo telah menderita teruk selama beberapa bulan hidup dalam keadaan terkepung, dibom dan pertempuran ganas.” kata Ketua Misi Syria kami, Mohamed Goumni.

“Kami berdoa agar usaha menyelamatkan mangsa akan selesai dengan cara paling lancar dan aman, dan staf dan sukarelawan Syria kami sedang bertungkus-lumus untuk membekalkan makan dan bantuan perubatan kepada mereka yang tersingkir.

Selama beberapa bulan, pasukan kami yang bertugas di kawasan sekitar Aleppo telah membantu mengedarkan roti segar kepada kepada keluarga yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

rs49374_imgl1084

Kami kini sedang meningkatkan lagi operasi kami untuk membantu lebih ramai individu yang tersingkir dan mereka yang terselamat, selain menilai keperluan pendatang baru bagi memastikan kumpulan ini beroleh bantuan yang diagihkan dengan segera seperti hidangan makanan, susu bayi dan kit kebersihan.

Usaha bantuan kecemasan yang dijalankan oleh Islamic Relief bagi mereka yang menyelamatkan diri dari Aleppo juga merangkumi pemberian ubat-ubatan kepada pusat kesihatan dan membekalkan bakeri tempatan dengan tepung gandum untuk membuat roti segar.

Dan menjelang musim sejuk yang bakal tiba, pasukan kami sedang bersiap sedia untuk membantu keluarga yang telah meninggalkan kediaman mereka dengan memberikan bantuan bermusim yang mengandungi alat pemanas dengan bahan bakar, pakaian dan but, serta makanan yang berkhasiat.

Pasukan kami di Syria bekerjasama dengan organisasi di Syria di kawasan berkenaan untuk memastikan bantuan disampaikan dengan cara yang paling berkesan.

Islamic Relief telah berkhidmat di Syria semenjak tahun 2011 dan telah membantu lebih 6.5 juta penduduk Syria – kebanyakannya yang berada di dalam negara tersebut dan juga ratus ribuan pelarian yang telah menyelamatkan diri ke Lebanon, Jordan dan Iraq.

Kami akan terus menggesa komuniti antarabangsa untuk menghentikan konflik ini, menyeru koridor asasi kemanusiaan.

Marilah derma untuk menyokong kerja lapangan kami di Syria di sini.

Untuk temuramah media, sila hubungi penyelaras media antarabangsa Mohammad Shakir di talian  +442075933237 atau +447747022590 atau e-mel Mohammad.Shakir@irworldwide.org

Bantuan Kecemasan Kashmir untuk 1,500 keluarga yang telah tersingkir

Ketegangan yang meningkat di sempadan Pakistan-India telah menyebabkan 11,000 keluarga melarikan diri mereka.

Sepanjang dua hari yang lepas, Islamic Relief telah menyalurkan bantuan 300 bungkusan makanan kepada 1,500 orang yang telah meninggalkan kediaman mereka di Lembah Atasan Neelum.

Dipercayai ribuan keluarga yang menetap di sepanjang garisan sempadan telah meninggalkan kediaman mereka dan berpindah ke pekan-pekan berhampiran.

Sesetengah dari mereka menginap bersama ahli keluarga, manakala yang lain sedang mencari perlindungan di bangunan-bangunan yang diperuntukkan kerajaan.

 

img_2219

Sakina, ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak (kanan dalam gambar), sedang berlindung di sebuah masjid dengan anak-anaknya setelah rumah mereka dimusnahkan oleh bedilan bom.

Beliau berkata: “Saya amat bimbangkan keselamatan keluarga saya.

“Kami telah berpindah dari kediaman kami ke masjid berhampiran di mana kami berharap agar kami kekal selamat sekiranya terjadinya serangan sengit lagi.

“Oleh kerana saya tidak mempunyai pendapatan, saya sentiasa memerlukan bantuan rakan dan keluarga untuk meneruskan hidup kami.

“Tetapi dengan situasi semasa, keadaan kami bertambah buruk dan saya terpaksa meminta makanan harian untuk saya dan keluarga saya daripada jiran-jiran dan saudara mara.”

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri, Sakina adalah salah seorang dari 10,917 keluarga yang telah tersingkir dari bahagian Kashmir- yang ditadbir Pakistan.

Setakat ini, 38 orang telah dilaporkan meninggal dunia, manakala 110 lagi cedera, termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Golongan yang tersingkir amat memerlukan bantuan makanan dan pakaian segera, dan sekiranya situasi terus bertambah buruk, mereka juga akan memerlukan tempat perlindungan.

Islamic Relief sedang menumpukan usaha bantuan ke atas wanita dan kanak-kanak di kawasan Neelum, Kotli, Bhimber serta kawasan lain, yang terutamanya terjejas apabila musim sejuk tiba.