Bantuan Kecemasan Kashmir untuk 1,500 keluarga yang telah tersingkir

Ketegangan yang meningkat di sempadan Pakistan-India telah menyebabkan 11,000 keluarga melarikan diri mereka.

Sepanjang dua hari yang lepas, Islamic Relief telah menyalurkan bantuan 300 bungkusan makanan kepada 1,500 orang yang telah meninggalkan kediaman mereka di Lembah Atasan Neelum.

Dipercayai ribuan keluarga yang menetap di sepanjang garisan sempadan telah meninggalkan kediaman mereka dan berpindah ke pekan-pekan berhampiran.

Sesetengah dari mereka menginap bersama ahli keluarga, manakala yang lain sedang mencari perlindungan di bangunan-bangunan yang diperuntukkan kerajaan.

 

img_2219

Sakina, ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak (kanan dalam gambar), sedang berlindung di sebuah masjid dengan anak-anaknya setelah rumah mereka dimusnahkan oleh bedilan bom.

Beliau berkata: “Saya amat bimbangkan keselamatan keluarga saya.

“Kami telah berpindah dari kediaman kami ke masjid berhampiran di mana kami berharap agar kami kekal selamat sekiranya terjadinya serangan sengit lagi.

“Oleh kerana saya tidak mempunyai pendapatan, saya sentiasa memerlukan bantuan rakan dan keluarga untuk meneruskan hidup kami.

“Tetapi dengan situasi semasa, keadaan kami bertambah buruk dan saya terpaksa meminta makanan harian untuk saya dan keluarga saya daripada jiran-jiran dan saudara mara.”

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri, Sakina adalah salah seorang dari 10,917 keluarga yang telah tersingkir dari bahagian Kashmir- yang ditadbir Pakistan.

Setakat ini, 38 orang telah dilaporkan meninggal dunia, manakala 110 lagi cedera, termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Golongan yang tersingkir amat memerlukan bantuan makanan dan pakaian segera, dan sekiranya situasi terus bertambah buruk, mereka juga akan memerlukan tempat perlindungan.

Islamic Relief sedang menumpukan usaha bantuan ke atas wanita dan kanak-kanak di kawasan Neelum, Kotli, Bhimber serta kawasan lain, yang terutamanya terjejas apabila musim sejuk tiba.