Temubual dengan petugas Islamic Relief berkaitan gencatan senjata Syria

“Kami sedang bersiap-sedia untuk menghadapi kemungkinan terburuk,” kata Ahmed Mahmoud. Telah 24 jam berlalu sejak gencatan senjata diumumkan di sesetengah bahagian Syria. Setakat ini, dimaklumkan bahawa gencatan senjata ini masih terus berlangsung tanpa ada sebarang pihak yang memungkirinya. Tiada laporan kecederaan atau nyawa yang terbunuh sejak matahari terbenam malam semalam. Di bawah ini terdapat sebuah […]

Baca sambungan »
Nebras Elhelow: Sebuah penghormatan kepada wira Islamic Relief

Setahun yang lalu, pada 31 Ogos 2015, Islamic Relief telah kehilangan sebutir permata perjuangan. Nebras Elhelow, seorang anak muda sukarelawan Syria yang telah mempertaruhkan nyawanya setiap hari untuk menyampaikan bantuan, akhirnya telah tewas pada usia 27 tahun setelah kedua kakinya dipotong akibat kecederaan parah yang berpunca daripada sebuah serangan udara. Nama beliau “Nebras” bermaksud “contoh […]

Baca sambungan »
Aleppo: Serangan klorin yang berjaya dirakam dalam bentuk gambar dan video

‘Kanak-kanak terkokol-kokol kesakitan’ kata petugas lapangan Kanak-kanak yang berada di jalanan, terpaksa menutup mulut mereka dengan tangan. Gambar di bawah menunjukkan kemusnahan akibat bedilan bom minggu ini ke atas Aleppo, dengan kawasan di sekitar Sukkari berubah menjadi runtuhan bangunan yang hancur dan penduduknya sesak nafas akibat serangan klorin. Dalam kejadian serangan klorin kedua yang menyerang […]

Baca sambungan »
Qurbani: Lihat perbezaan yang dibawa hidangan istimewa ini

Di seluruh dunia, pasukan Islamic Relief sedang menganjurkan misi pengagihan besar-besaran. Dengan membekalkan daging Qurban berkualiti paling tinggi kepada para keluarga yang ditimpa kesusahan, pasukan kami sedia mengetahui bahawa inilah satu-satunya acara di mana mereka dapat menjamah hidangan daging sepanjang tahun yang sukar ini. Em Abdo telah melarikan diri dari kediamannya di Syria, setelah menarik […]

Baca sambungan »
“Sukar bagi saya menyaksikan penderitaannya”

“Dua hari setelah lawatan tersebut, peperangan tercetus di Gaza. Beberapa hari kemudian, kawasan kejiranan Yousef telah diserang. Apabila gencatan senjata diumumkan selama beberapa jam, saya telah melawat kawasan dan berasa amat terkejut dengan perubahan yang telah berlaku. “Semuanya berbeza. Kemusnahan besar-besaran menyelubungi kesemuanya – rumah kediaman yang runtuh, rangkaian paip yang hancur, wayar elektrik yang […]

Baca sambungan »
“Suara di dalam saya berkata: ‘Ayo, anda boleh melakukannya!'”

Untuk Hari Kemanusiaan Dunia kami memberi penghormatan kepada para wira kemanusiaan kami di lapangan. Sebagai pegawai kebajikan kanak-kanak Sambou Camara membantu anak-anak yatim yang lemah di Mali, yang memberikan sokongan kewangan dan psikologi. Dalam peranannya dahulu sebagai pembantu sosial, dia ditugaskan pergi rumah ke rumah, memastikan setiap anak yatim dalam program tajaan telah dilawati dan […]

Baca sambungan »