Aleppo: Serangan klorin yang berjaya dirakam dalam bentuk gambar dan video

‘Kanak-kanak terkokol-kokol kesakitan’ kata petugas lapangan

Kanak-kanak yang berada di jalanan, terpaksa menutup mulut mereka dengan tangan.

Gambar di bawah menunjukkan kemusnahan akibat bedilan bom minggu ini ke atas Aleppo, dengan kawasan di sekitar Sukkari berubah menjadi runtuhan bangunan yang hancur dan penduduknya sesak nafas akibat serangan klorin.

Dalam kejadian serangan klorin kedua yang menyerang bandar ini, terdapat juga laporan bom barel yang dijatuhkan dari helikopter.

Bercakap dari kawasan kejiranan Bustan Al-Qasr, yang digelar “Laluan Kematian” apabila kawasan ini telah diserang penembak hendap, pegawai media Islamic Relief, Tahir Al Sabsabi berkata: “Beberapa barel ini mengandungi larutan klorin.

“Bau mereka amat kuat dan melemaskan.

“Kanak-kanak di kawasan sekitar terkokol-kokol kerana mereka telah tersedut gas klorin ini.

“Pasukan penyelamat awam juga terkesan teruk dan perlu dibawa ke hospital dan pusat kesihatan akibat pembebasan gas klorin ini.”

 

 

Difahamkan bahawa lebih 100 orang telah tercedera dalam serangan ini, dengan laporan sekurang-kurangnya satu kematian.

Para penyelamat dan petugas perubatan sedang bergantung kepada peralatan asas untuk menyelamatkan nyawa.

Islamic Relief sedang bertugas di lapangan di kawasan dalaman Syria sejak 2012 dan juga di negara-negara berhampiran.

Kami telah berjaya membantu lebih 6.5 juta penduduk Syria setakat ini.

Lihat lebih banyak gambar di sini —>http://www.islamic-relief.org/aleppo-chlorine-atta…