Qurbani: Lihat perbezaan yang dibawa hidangan istimewa ini

Di seluruh dunia, pasukan Islamic Relief sedang menganjurkan misi pengagihan besar-besaran.

Dengan membekalkan daging Qurban berkualiti paling tinggi kepada para keluarga yang ditimpa kesusahan, pasukan kami sedia mengetahui bahawa inilah satu-satunya acara di mana mereka dapat menjamah hidangan daging sepanjang tahun yang sukar ini.

Em Abdo telah melarikan diri dari kediamannya di Syria, setelah menarik keluar anak lelaki kecilnya dari runtuhan bangunan, dan kini beliau tinggal di kem.

Katanya: “Kami menyambut Eid kami dengan tinggal di bawah pokok… benarkah ini Eid?!

“Ini bukanlah Eid bagi saya, sudah tentu tidak.”

 

 

Pada sambutan Eid kali ini, Islamic Relief menyasarkan untuk menyalurkan Qurban merentas 29 negara supaya Em Abdo dan keluarga-keluarga yang memerlukan sepertinya, boleh berkongsi hidangan istimewa ini bersama-sama.

Siham, dari Idlib, juga dilanda situasi yang sama, beliau menghadapi kesukaran untuk memberikan anak-anaknya kehidupan yang normal di kem.

Ceritanya: “Sudah lama saya tidak merasai hidangan daging sejak Eid tahun lalu.

“Sukar untuk mendapatkan daging pada waktu sebegini.”

Kedua-dua ibu ini tergolong dalam 3.3 juta individu yang telah menerima manfaat dari program agihan Qurbani Islamic Relief tahun lalu.

Tahun ini, kami berharap dapat menyantuni lebih ramai golongan yang memerlukan.