“Sukar bagi saya menyaksikan penderitaannya”

“Dua hari setelah lawatan tersebut, peperangan tercetus di Gaza. Beberapa hari kemudian, kawasan kejiranan Yousef telah diserang. Apabila gencatan senjata diumumkan selama beberapa jam, saya telah melawat kawasan dan berasa amat terkejut dengan perubahan yang telah berlaku.

“Semuanya berbeza. Kemusnahan besar-besaran menyelubungi kesemuanya – rumah kediaman yang runtuh, rangkaian paip yang hancur, wayar elektrik yang terputus, dan pasukan penyelamat sedang sibuk mencari tubuh-tubuh mangsa yang terkorban. Kami telah berjalan di sebalik runtuhan, dan saya sukar sekali untuk bergerak dan mengenal kawasan persekitaran kami.

 

 

“Setibanya kami di kawasan bekas tempat tinggal Yousef, runtuhan bangunan menyembah bumi telah memadamkan segala harapan dan impiannya. Di hadapan pemandangan malang inilah, Yousef gagal menyembunyikan rasa terkejutnya apabila melihat semua permainannya hancur.

“Sukar bagi saya untuk menyaksikan penderitaannya yang tidak tertanggung setelah melihat segala yang digemarinya hancur.

“Kedukaan boleh dilihat pada mata-mata anak kecil yang menunggu ibu bapa mereka di Hospital Gaza. Shima’a adalah salah seorang kanak-kanak malang yang telah menunggu ibunya datang, tanpa mengetahui kenyataan bahawa ibunya telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu.

“Perkara paling sukar di Gaza adalah mengetahui bahawa hari ini, anda sedang sibuk membantu orang yang di dalam kesusahan, dan pada masa yang sama, anda sendiri berasa takut bahawa anda sendiri yang akan meminta bantuan keesokannya.”