Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

Rayuan Musim Sejuk

PENGENALAN

RAYUAN MUSIM SEJUK

Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu menghadapi musim sejuk. Tidak dilupakan juga kepada mereka yang terjejas teruk ekoran gempa bumi di Pakistan baru-baru ini.

Kedinginan Musim Sejuk

Cuaca sejuk melampau semakin menghampiri. Apa nasib pelarian yang cuma berlindung di sebalik khemah-khemah kecil? Bagaimana pula dengan kanak-kanak yang terpaksa terdedah dengan kesejukan tanpa pakaian musim sejuk? Bagaimana situasi mereka jika hujan dan badai salji melanda?

Tanpa persediaan rapi dan keperluan mencukupi, bayangkan bagaimana harus mereka menghadapi situasi ini yang kadangkala boleh meragut nyawa mereka?

Hari ini, anda boleh merubah keadaan itu dan memberi kehangatan buat mereka menerusi bantuan Musim Sejuk yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia bagi membantu mereka yang memerlukan.

Sebarkan kehangatan anda, sekarang!

PENERIMA MANFAAT

1,735 Keluarga

(10,410 Penerima Manfaat)

LOKASI

  • Utara Syria
  • Gaziantep, Turki
  • Mirpur, Pakistan

DANA DIPERLUKAN

RM1,000,000

PAKEJ

Protect With LOVE

RM 200
  • Jaket/Baju Sejuk
  • Kasut
  • Stokin

Comfort With LOVE

RM 250
  • Selimut
  • Tilam
  • Plastik Penebat Haba

Stay Warm With LOVE

RM 300
  • Arang
  • Kayu Api