Indonesia masih menghadapi cabaran terhadap kekurangan zat makanan kanak-kanak. Sekitar 27.5% atau 6.5 juta kanak-kanak di bawah lima tahun tinggal di bawah pendarahan (Kementerian Kesihatan di Jawapos.com, Julai 2017). Sesetengah kanak-kanak yang menderita menderita penyakit malnutrisi yang teruk dengan jangkitan penyakit, sementara sesetengah yang lain mengalami kekurangan zat dan gizi. Baru-baru ini, sehingga 19 Januari 2018, terdapat 68 kanak-kanak yang mati akibat kekurangan gizi yang teruk dengan penyakit campak di Asmat, Papua.

“Setiap kali anda dapat menjamah makanan, ucaplah Alhamdulillah kerana kami di sini hanya dapat membayangkan sahaja nikmat rezeki itu.”
- Pelarian Syria di Lubnan

IRM mengakui potensi menyediakan bantuan makanan kepada pelajar miskin di bandar yang mungkin telah mengalami keretakan, terutama mereka yang tinggal di projek perumahan kos rendah melalui Program Makan Sekolah 2019. Inisiatif ini akan menyediakan makanan semasa waktu persekolahan untuk sekurang-kurangnya 135 pelajar yang mempunyai telah dipilih berdasarkan latar belakang keluarga mereka.

Akhir tahun sinonim dengan kehadiran musim sejuk.

Jassim mula risau memikirkan bagaimana dia dan tujuh anaknya hendak bertahan dalam cuaca sejuk mencengkam tanpa sebarang kelengkapan dan kemudahan.

“Kem ini sangat padat. Kami hanya tinggal di dalam khemah yang ada dua bilik. Dapur dan tandas terletak di luar khemah. Ketika musim sejuk, khemah kami sering dimasuki air hujan dan kadangkala khemah kami juga mengalami kerosakan disebabkan timbunan salji.

“Kami sangat memerlukan bantuan minyak dan alat pemanas. Kalau nak harapkan kami beli sendiri, kami memang tak mampu kerana harganya sangat mahal.

“Ramai orang yang tinggal di kem ini hidup menderita dalam kemiskinan dan ujian kesihatan yang dihidapi. Kami bukan sahaja memerlukan sokongan dari sudut ekonomi dan sosial, tetapi juga bantuan rawatan perubatan serta kaunseling dan psikologi,” kata Jassim Mohammad Aatnan.

Keluarga Jassim hanya bergantung hidup dengan bantuan kemanusiaan. Jassim menghidap sakit belakang dan kaki. Pergerakan Jassim terbatas. Disebabkan itu, dia tidak dapat bekerja untuk menyara keluarga.

Empat orang anak Jassim pula, berstatus OKU penglihatan dan pendengaran.

Kehidupan di kem pelarian sangat sukar kerana tiada kemudahan asas yang lengkap dan tiada peluang pekerjaan untuk menampung keperluan sedangkan mereka perlu membayar sewa khemah, bil elektrik serta air.

“Terima kasih Islamic Relief. Sumbangan pek makanan, minyak, selimut dan plastik penebat haba ini sangat membantu meringankan beban penderitaan kami,” ucap Jassim penuh syukur.