IRM Ajak Generasi Muda Kenali Dunia Kemanusiaan Dan Kesukarelawanan

SHAH ALAM, 5 Okt 2019– Seramai 42 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyertai Kursus Induksi Sukarelawan (VIC) anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi melahirkan sukarelawan yang menjiwai prinsip-prinsip asas kemanusiaan dan membina keyakinan diri dalam melaksanakan tanggungjawab sosial.

 

Program ini dikendalikan oleh lima kakitangan IRM dengan latarbelakang serta kepakaran berbeza dalam bidang kemanusiaan.

 

Para peserta dibekalkan dengan ilmu asas kesukarelawanan, kod tatalaku kemanusiaan dan piawaian teras kemanusiaan, asas perlindungan kanak-kanak, asas pengurusan projek serta penjanaan dana.

 

Harapan IRM, inisiatif ini dapat menyemarakkan semangat kemanusiaan dalam kalangan generasi muda sekaligus memberi kesedaran kepada mereka untuk terus prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia.