Gempa susulan landa Mirpur

MIRPUR, 11 Okt. 2019 – Gempa susulan melanda Mirpur pada 6 Oktober yang lalu, sehingga mengakibatkan seorang maut manakala dua lagi cedera parah disebabkan bangunan runtuh.

Laporan dari sukarelawan Islamic Relief (IR) menyatakan bahawa lima buah rumah telah musnah di Chattar Pair, Jatalan dan Jari Kass.

Pasukan Respon Kecemasan (ERT) dari IR Pakistan dikejarkan ke Mirpur dan kawasan-kawasan yang terjejas bagi menjalankan Penilaian Kepakaran Segera (RNA).

Antara yang sangat diperlukan ketika ini termasuk kit kebersihan (termasuk kit pengurusan kebersihan haid), kit musim sejuk dan peralatan dapur.

Penambahbaikan rumah serta sumber bekalan air minuman turut diperlukan selain sokongan psikososial atau kaunseling kepada penduduk terjejas.