Menu
Category Archives: Berita
PAKISTAN, 24 Mac 2023 – Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban, manakala 200 lagi cedera berikutan gempa bumi 6.5 magnitud dengan kedalaman 120 kilometer yang melanda sebahagian besar kawasan di Pakistan dan Afghanistan. Kejadian itu telah merosakkan bangunan serta menyebabkan jalan raya utama disekat kerana tanah runtuh. Gegaran turut dirasai di kawasan India, Uzbekistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, [...]
MALAWI, 24 Mac 2023 – Sekurang-kurangnya 499 orang terkorban, 1,332 cedera, 427 lagi dilaporkan hilang dan 508,244 orang pula hilang tempat tinggal, susulan bencana Siklon Tropika Freddy yang melanda Malawi sejak dua minggu lalu. Bencana itu mengakibatkan banjir dan tanah runtuh yang teruk. Jalan raya ditenggelami air dan kediaman penduduk ditimbuni lumpur. Sebanyak 437 buah [...]
BANGLADESH, 8 Mac 2023 – Sekurang-kurangnya 15,926 orang terjejas susulan kebakaran yang berlaku di kem pelarian Balukhali di Cox’s Bazar, Bangladesh pada 5 Mac lalu. Insiden turut mengakibatkan 5,274 individu hilang tempat tinggal, manakala 2,805 kediaman dan 155 fasiliti rosak dan musnah. Antara fasiliti yang terjejas ialah pusat kesihatan, masjid, sistem saliran air, pusat belia [...]
Turkiye - Syria, 15 Februari 2023 – Angka korban gempa bumi Turkiye dan Syria telah melepasi 41,000 orang, manakala jumlah penduduk terjejas pula seramai 24.4 juta orang. Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan. Menurut Reuters, lebih 13,900 bangunan musnah di kedua-dua negara. Pihak kerajaan telah menjalankan penilaian dan pemeriksaan kediaman bagi membolehkan penduduk setempat [...]
Syria, 9 Februari 2023 – Islamic Relief telah menyalurkan bantuan kecemasan merangkumi bekalan ubat-ubatan, alatan perubatan, selimut, tilam dan alas plastik di Syria. Di Gaziantep, Turki pula Islamic Relief telah mengedarkan bantuan makanan dan minuman kepada penduduk terjejas. Secara global, Islamic Relief melancarkan kempen rayuan kecemasan dengan sasaran sebanyak £20 juta. Setakat ini, sebanyak £500,000 [...]
TURKIYE, 6 Februari 2023 - Lebih 500 penduduk terkorban, manakala lebih 3,000 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi 7.8 magnitud yang melanda Turkiye dan Syria. Jumlah kematian dijangkakan akan terus meningkat. Gegaran turut dirasai di Lubnan. Ramai penduduk dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Islamic Relief kini sedang giat menjalankan penilaian keperluan semasa untuk gerak [...]