Islamic Relief Edar Bantuan Barangan Bukan Makanan Kepada Penduduk Terjejas Banjir di Sudan
SUDAN, 7 September 2021 – Lebih 88,000 penduduk Sudan dilaporkan terjejas akibat hujan lebat dan banjir kilat yang melanda 13 wilayah di negara itu sejak Julai lalu. Antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah Aj Jazirah, Darfur barat dan selatan serta Gedaref. Setakat 1 September, 4,800 rumah musnah manakala 12,780 lagi mengalami kerosakan. Kebanyakan penduduk [...]
Baca sambungan »
Rakyat Afghanistan Perlu Bantuan Segera
AFGHANISTAN, 6 September 2021 – Lebih 17,600 pelarian dalam negara (IDPs) di Kabul memerlukan bantuan kemanusiaan sama seperti penduduk di Herat, Nangarhar, Balkh dan Kandahar. Secara keseluruhan, seramai 550,780 daripada lebih 81,309 buah keluarga hilang tempat tinggal sepanjang tahun ini ekoran konflik yang berlarutan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa bekalan makanan di Afghanistan [...]
Baca sambungan »
Keadaan di Afghanistan Dilaporkan Stabil
AFGHANISTAN, 24 Ogos 2021 – Keadaan semasa di Kabul dan beberapa daerah lain dilaporkan stabil meskipun rakyat Afghanistan masih dalam keadaan takut dan risau. Setakat ini, pihak pemerintah berjaya mengawal aktiviti jenayah dan bertindak segera untuk menahan sesiapa sahaja yang cuba mengambil kesempatan dalam tempoh fasa peralihan kuasa. Pengurangan cukai bagi sumber minyak dan makanan [...]
Baca sambungan »
Banjir Jerman: Islamic Relief Edar Bantuan Makanan Panas
JERMAN, 23 Ogos 2021 – Islamic Relief Jerman telah mengedarkan bantuan makanan panas kepada penduduk yang terjejas banjir di kawasan Auf Der Muhle, Stolberg di Jerman sejak 9 hingga 15 Ogos lalu. Bencana banjir yang melanda Jerman pada pertengahan Julai lalu mengakibatkan banyak kediaman musnah manakala bilik bawah tanah dan jalan raya rosak disebabkan tanah [...]
Baca sambungan »
41 Orang Cedera Dalam Serangan Di Sempadan Gaza
GAZA, 23 Ogos 2021 – Sekurang-kurangnya 41 orang cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang kini berada dalam keadaan kritikal ekoran serangan yang berlaku di sempadan Gaza, Palestin Sabtu lalu. Insiden ini berlaku ketika penduduk Gaza sedang melakukan demonstrasi sempena memperingati 52 tahun insiden pembakaran Al-Aqsa serta permulaan penderitaan yang dilalui penduduk setempat [...]
Baca sambungan »
Ketegangan di Lubnan Masih Berlarutan
LUBNAN, 23 Ogos 2021 – Gerakan tunjuk perasaan dan sekatan jalan masih lagi berlarutan di Lubnan ekoran isu kekurangan sumber minyak dan bekalan elektrik yang berpunca daripada kejatuhan mata wang dan krisis ekonomi. Susulan itu, banyak pertelingkahan berlaku di stesen minyak seluruh Lubnan. Di Kafaat, Hadath, tentera Lubnan terpaksa campur tangan bagi menghentikan serangan tembakan [...]
Baca sambungan »