Pelarian Syria berdepan ancaman hujan salji lebat dan banjir
SYRIA, 22 Januari 2022 – Sebanyak 22 pusat penempatan pelarian Syria di Afrin dan Azaz, Aleppo serta 9 lagi kawasan di Harim, Idleb dilaporkan terjejas ekoran hujan salji lebat yang melanda barat laut Syria pada 18 Januari lalu. Kejadian itu turut mengakibatkan khemah serta barangan penghuni kem pelarian rosak. Menurut penilaian kakitangan Islamic Relief, seramai [...]
Baca sambungan »
Gempa Bumi 7.4 Magnitud Gegar Nusa Tenggara Timur, Indonesia
JAKARTA, 14 Disember 2021 – Gempa bumi dengan skala 7.4 magnitud melanda Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada jam 10.20 pagi waktu tempatan, kira-kira 11.20 pagi waktu Malaysia. Pusat gempa dilaporkan terletak di bahagian timur Pulau Flores, iaitu sekitar 89 kilometer dari kawasan barat laut Larantuka. Kejadian ini mengakibatkan bangunan, rumah, sekolah dan juga masjid di [...]
Baca sambungan »
Maybank Islamic sumbang keperluan asas kepada golongan terjejas Covid-19
PONTIAN, 11 Disember 2021 - Seramai 100 buah keluarga daripada golongan asnaf termasuk ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan penduduk terjejas pandemik telah menerima bantuan pek makanan menerusi projek 'Covid-19 Immediate Assistant' tajaan Maybank Islamic di Kompleks Penghulu Mukim Rimba Terjun, Jalan Parit Sulong, Pontian, Johor. Bantuan ini merupakan kesinambungan daripada agihan [...]
Baca sambungan »
Hari graduasi dan anugerah kecemerlangan RISE tingkat motivasi para pelajar
KAJANG, 9 Disember 2021 – Sesi pembelajaran bagi tahun 2021 di pusat pendidikan alternatif Rohingya Intellectual Skills and Excellence (RISE) kelolaan Islamic Relief Malaysia telah melabuhkan tirainya, setelah selesai majlis graduasi dan penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar 2021 hari ini. Objektif program ini dijalankan tidak lain untuk meraikan kejayaan para pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan [...]
Baca sambungan »
Letusan Gunung Berapi Semeru Ragut 34 Nyawa
INDONESIA, 7 Disember 2021 – Sekurang-kurangnya 34 orang maut manakala 41 orang lagi melecur dan cedera ekoran gunung berapi Semeru yang terletak di wilayah Jawa Timur Meletus pada 4 Disember jam 3 petang. Daerah Lumajang dilaporkan paling teruk terjejas. Penduduk setempat terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan lari menyelamatkan diri setelah abu dan kepulan asap meliputi [...]
Baca sambungan »
27 Orang Terkorban Akibat Banjir dan Tanah Runtuh di Kerala
INDIA, 20 Oktober 2021 – Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban manakala 3 lagi dilaporkan hilang dalam insiden banjir dan tanah runtuh berikutan hujan lebat yang melanda Kerala, India. Seramai 8,906 individu daripada 2,429 buah keluarga yang terjejas terpaksa mendapatkan perlindungan di 235 kem bantuan yang disediakan pihak berkuasa tempatan. Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan [...]
Baca sambungan »