Ramadan untuk Fuad

Kemiskinan yang membelenggu di sebahagian besar Afrika Selatan, dan Bonteheuwel di Cape Town tiada bezanya.

Dengan kadar pengangguran, budaya gangsterisme dan penyeludupan dadah yang tinggi di kawasan tersebut, Fuad, isterinya Nazeema, tiga anak serta ibu mertua yang uzur merupakan salah satu keluarga yang terus berjuang meneruskan kehidupan mereka di Bonteheuwel.

Dahulunya, Fuad bekerja sebagai seorang pemandu teksi, namun disebabkan kesalahan pentadbiran di jabatan trafik, lesen memandu beliau ditarik balik. Ini menyebabkan nasib kehidupan mereka bertambah buruk, kerana beliau merupakan satu-satunya tonggak harapan keluarga.

Kini, tanpa sebarang mata pencarian yang stabil dan tempat memohon bantuan, Fuad dan anak lelakinya selalu berjalan di sekitar Cape Town mengutip besi buruk untuk dijual bagi mendapatkan makanan.  Dengan ibu mertuanya yang uzur dan menghidap penyakit Alzheimer untuk ditanggung, keperluan khas ibunya perlu di penuhi dengan apa jua cara sekalipun. “[Ibu] perlu makan sayur-sayuran lembut setiap hari.” Tetapi itu bukan satu-satunya perkara yang merisaukan Fuad. “Anak perempuan saya menderita penyakit asma dan anak perempuan sulung saya mengambil dadah… tiada tempat untuk saya mengadu”.  Setiap hari merupakan perjuangan bagi Fuad dan keluarganya. Jelas beliau, mereka perlu membeli sayur-sayuran setiap hari, namun makanan ruji bagi mereka adalah roti. “ Jika kami tidak mampu membeli setengah buku roti,  saya akan pergi meminta pada jiran-jiran roti basi yang boleh kami bakar.”

Islamic Relief Afrika Selatan menyediakan Fuad dan keluarga beliau dengan pek makanan yang mengandungi  tepung, beras, kacang merah, bubur, minyak, ikan dan  makanan ringan, serta makanan lain bagi memastikan mereka mempunyai makanan secukupnya sepanjang bulan Ramadan ini. Fuad menyatakan “Ramadan merupakan rahmat daripada Allah (SWT).  Saya boleh memimpin  keluarga saya semula dan saya bersyukur doa saya dimakbulkan  apabila Dia menghantar Islamic Relief ke komuniti kami.”

 

Dianggarkan kira-kira 1.5 juta orang di seluruh dunia akan menerima pek makanan Ramadan tahun ini.