Khemah pelarian Syria di Lubnan terbakar

LUBNAN, 6 Oktober 2022 – Kira-kira 95 buah khemah pelarian Syria di kem Wafaa Al Omany, Aarsal, Lubnan musnah akibat kebakaran yang berlaku pada 5 Oktober, sekitar jam 7 pagi.

Menurut laporan yang diterima daripada Islamic Relief Lubnan, 75 khemah musnah secara keseluruhan, manakala 20 lagi separa rosak.

Punca kebakaran masih belum diketahui lagi.

Setakat ini, tiada kemudahan tempat tinggal atau pusat perlindungan lain disediakan untuk keluarga yang terjejas.

Islamic Relief kini berada di lapangan dan sedang merangka pelan bantuan kecemasan seperti agihan makanan sedia dimakan dan air minuman kepada lebih 100 keluarga terjejas.