Gempa bumi bermagnitud 5.6 ragut 162 nyawa penduduk Indonesia

INDONESIA, 22 November 2022 – Sekurang-kurangnya 162 terkorban, manakala 700 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi 5.6 magnitud dengan kedalaman 10 kilometer yang menggegarkan wilayah Jawa Barat meliputi kawasan Cianjur, Bogor, Bandung, Sukabumi, Bogor dan Jakarta semalam.

Lebih 1,360 rumah rosak. Cianjur dilaporkan kawasan paling teruk terjejas.

Agensi Pengurusan Bencana Negara di Indonesia telah mengarahkan pihak tentera, polis, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta agensi kerajaan lain untuk turun padang bagi membantu penduduk terjejas.

Islamic Relief Indonesia kini sedang merangka pelan bantuan serta bekerjasama dengan NGO tempatan untuk mengedarkan bantuan tarpaulin, kit kebersihan dan barangan bukan makanan sebagai bantuan kecemasan.