Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
#gandakanpahala

Rezeki Ramadan

Rezeki Ramadan #gandakanpahala

Rezeki Ramadan merupakan projek bermusim yang dijalankan oleh Islamic Relief Malaysia bagi membantu meringankan beban golongan rentan di 32 buah negara termasuk Malaysia dalam menyediakan juadah bersahur dan berbuka di bulan Ramadan.

Inisiatif ini turut dilaksanakan secara global oleh seluruh rangkaian Islamic Relief dan menjadi salah satu projek bantuan yang sangat dinanti-nanti penerima manfaat.

Bantuan yang disalurkan dalam bentuk pek makanan ini merangkumi bekalan makanan asas atau makanan ruji penerima manfaat mengikut negara masing-masing seperti beras, tepung, jagung, pasta, bijirin, kekacang, daging dalam tin, minyak masak, gula, uncang teh, kurma dan lain-lain.

Tahun lalu, Islamic Relief secara keseluruhan telah berjaya mengedarkan 164,824 pek makanan kepada 934,549 penerima manfaat manakala jumlah edaran menerusi komitmen Islamic Relief Malaysia sahaja adalah sebanyak 4,962 pek makanan.

Impaknya, seramai 24,810 individu berjaya disantuni dan kejayaan ini pastinya sesuatu yang mustahil tanpa sokongan serta bantuan daripada anda semua, rakyat Malaysia yang pemurah dan prihatin.

Untuk agihan di dalam Malaysia, sebanyak 5,722 pek telah diagihkan dan memberi manfaat kepada 28,610 individu.

Justeru, bagi meneruskan kesinambungan kejayaan seperti tahun-tahun sebelumnya, Islamic Relief Malaysia tahun ini menyasarkan dana sebanyak RM2.4 juta untuk menjayakan agihan 12,000 pek makanan Ramadan yang dijangka boleh memberi manfaat kepada lebih 60,000 orang.

Sasaran 12,000 pek makanan Rezeki Ramadan ini merangkumi agihan sebanyak 6,000 pek di Malaysia manakala 6,000 pek lagi untuk keluarga memerlukan di 31 buah negara lain seperti Syria, Palestin, Somalia, Yaman, Indonesia dan banyak lagi.

Terdapat tiga pakej yang ditawarkan menerusi kempen Rezeki Ramadan yang membawa mesej #gandakanpahala iaitu pakej #kongsirezeki Ramadan dengan jumlah sumbangan bermula serendah RM5, pakej Pek Makanan RM200 dan Pek Makanan RM300 mengikut nilai harga barangan di negara terlibat.

Doa Tulus Dari Hati

“Hidup saya, isteri dan 13 orang anak kami sangat susah. Tempat tinggal kami hanya berbumbung dan berdindingkan kanvas. Sebelum konflik melanda Syria, kami menyambut bulan Ramadan dengan sangat meriah. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan. Kami selalu terputus bekalan makanan dan tidur dalam kelaparan.

“Syukur, hari ini Allah menjawab doa-doa kami dengan kehadiran kakitangan Islamic Relief bersama bantuan pek makanan Ramadan. Anak-anak saya sangat gembira. Pemberian ini sangat bermakna untuk kami. Saya doakan semoga Allah merahmati hidup mereka yang telah membantu kami dan doa kami sentiasa mengiringi perjalanan hidup anda semua.”

Zakareya Ali, rakyat Syria yang kini tinggal di kem pelarian Bekaa, Lubnan.

“Suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya tiga tahun lalu. Sejak itu, saya dan 2 orang anak saya terpaksa menumpang hidup di rumah kakak saya di Taiz, Yaman. Makanan di rumah ini selalu tidak mencukupi. Sudah lama kami tidak menjamah lauk ayam, daging dan ikan. Biasanya kami hanya makan kekacang, roti atau nasi sahaja. Keadaan akan menjadi lebih sukar apabila tiba bulan Ramadan kerana anak-anak tidak dapat makan makanan yang berkhasiat untuk menjalani ibadah puasa. Keadaan mereka sangat menyedihkan kerana masih kecil dan terpaksa melalui kehidupan yang sangat susah.

“Ramadan kali ini memberi kegembiraan besar buat kami apabila nama saya tersenarai sebagai salah seorang penerima bantuan pek makanan Ramadan daripada Islamic Relief. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih atas bantuan yang diberikan."

Gabra Al Najar, penerima manfaat pek makanan Ramadan di Yaman.

“Dengan adanya bantuan pek makanan ini, kami dapat menunaikan ibadah dengan tenang. Alhamdulillah, kami tidak perlu risau lagi tentang hidangan sahur dan berbuka. Terima kasih tidak terhingga buat para penyumbang yang sangat bermurah hati. Saya doakan kalian dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah pada masa hadapan.”

Jamal, salah seorang penerima manfaat pek makanan Ramadan di Bangladesh.

Pakej Rezeki Ramadan

#kongsirezeki Ramadan

RM 5
  • Sumbangan serendah RM5
    bagi membantu golongan rentan
    di dalam dan luar negara
    menghadapi bulan
    Ramadan

Pek Makanan

RM 200
  • Malaysia, Sri Lanka,
    Bangladesh, Chechnya,
    Lebanon, Nepal, Bosnia,
    Afrika Selatan, Tunisia, Albania,
    Kosova, Malawi, Jordan

Pek Makanan

RM 300
  • Syria, Niger, Myanmar, Ethiopia, Indonesia, Pakistan, Filipina, Kenya, Macedonia, Mali, Palestin (Gaza), Sepanyol, Turki Afghanistan, Sudan Selatan, Somalia, Yaman, Sudan

Sedekah Lambang Kesyukuran

Amalan sedekah dan berinfaq sebenarnya boleh menjadi salah satu lambang kesyukuran kita atas setiap rezeki yang dikurniakan Allah. Ia juga mampu mengukuhkan hubungan sesama manusia serta mengeratkan perpaduan.

Dari Abi Huhairah R.A., sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” – Hadis Riwayat Muslim.

#rezekiramadan #gandakanpahala

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email