Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.
Jom Taja Pek Makanan Ramadan
Sedekah RAMADAN
-
Sumbangan serendah RM10 bagi membantu
golongan rentan menjalani ibadah puasa
Kempen Rezeki Ramadan dengan slogan #gandakanpahala menyasarkan kutipan dana RM2.25 juta bagi pelaksanaan agihan pek makanan di 7 buah negara termasuk Malaysia.
Objektif program bermusim yang dijalankan Islamic Relief secara global selama empat dekad ini bertujuan meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan dalam menyediakan juadah berbuka dan bersahur ketika bulan Ramadan.
Kriteria utama pemilihan penerima bantuan ialah golongan B40 dan kebawah, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, pesakit kronik, pelarian, penduduk terjejas bencana dan keluarga dengan bilangan ahli yang ramai.
Setiap pek makanan Ramadan yang diagihkan, dilengkapi dengan makanan asas atau makanan ruji penerima bantuan mengikut negara masing-masing seperti beras, tepung, jagung, pasta, bijirin, kekacang, daging dalam tin, minyak masak, gula, teh dan kurma.
Orang ramai boleh menyumbang dan menyertai program bantuan ini bermula 1 Januari 2025 hingga 30 Mac 2025.
Rebut pahala dan ganjaran besar dengan menjamu dan memberi makan kepada orang lain untuk berbuka puasa SEKARANG.
Bersegeralah dan jangan bertangguh dalam hal-hal kebaikan. Moga Allah menerima amalan kita semua. Amin