Letusan Gunung Berapi Semeru Ragut 34 Nyawa

INDONESIA, 7 Disember 2021 – Sekurang-kurangnya 34 orang maut manakala 41 orang lagi melecur dan cedera ekoran gunung berapi Semeru yang terletak di wilayah Jawa Timur Meletus pada 4 Disember jam 3 petang.

Daerah Lumajang dilaporkan paling teruk terjejas.

Penduduk setempat terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan lari menyelamatkan diri setelah abu dan kepulan asap meliputi kawasan bandar dan kampung berhampiran.

Penduduk yang cedera kini dirawat di pusat kesihatan masyarakat (PUSKESMAS), manakala pihak tentera sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dibantu badan bukan kerajaan (NGO).

Islamic Relief Indonesia kini sedang memantau keadaan semasa dan bersiap sedia untuk membantu penduduk terjejas.