Letupan Besar di Gudang Senjata Jordan

Jordan, 11 September 2020 – Satu letupan besar telah berlaku di gudang senjata di Zarqa, Jordan hingga mengakibatkan kebakaran yang dikatakan berpunca daripada litar pintas.

Lokasi kejadian yang menempatkan beberapa buah pengkalan dan depot tentera Jordan itu terletak 35 kilometer dari ibu kota Amman.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berikutan depot senjata yang terbakar itu terletak di kawasan terpencil dan tidak berpenghuni.

Bagaimanapun, insiden letupan turut dirasai penduduk di kawasan kejiranan bandar itu selain menemui serpihan kaca di bahagian luar kediaman mereka.