Kempen Ramadan menyokong komuniti dalam krisis

Bagi keluarga di Iraq, Syria dan Somalia yang dilanda konflik mahupun banjir, sebuah bungkusan makanan sempena Ramadan adalah penyambung nyawa mereka.

Kempen Ramadan tahunan kami membolehkan kami menyantuni orang ramai di seluruh dunia, semasa pasukan kami yang bertugas di lapangan mengedarkan bungkusan makanan kepada kawasan-kawasan yang paling memerlukan.

Setiap satu daripada 200,000 bungkusan makanan yang telah kami sampaikan sepanjang bulan yang lalu telah membantu ramai individu dan keluarga yang mengalami kesukaran untuk mencari rezeki.

Sebahagian dari edaran makanan kami telah menjadi penyambung nyawa dalam kalangan komuniti yang telah terjejas teruk akibat musibah konflik atau bencana alam. Ramai antara mereka ini tidak mampu untuk menyara diri mereka sendiri dan juga yang tersayang.

Di Iraq, pejabat lapangan kami telah mengagihkan 3,000 bungkusan kepada keluarga yang telah melarikan diri sehelai sepinggang untuk menyelamatkan diri dari kota Fallujah.

Golongan belia dan remaja lelaki telah ditangkap sewaktu cuba untuk melarikan diri, lantas menyebabkan keluarga menjadi berpecah-belah, dan terdesak, tanpa sebarang tempat berteduh, kemudahan sanitasi dan keperluan asas seperti bekalan air dan makanan.

 

Di Syria pula, di mana lebih dari separuh populasi negara tersebut yang bernilai 22 juta telah meninggalkan kediaman mereka untuk mencari perlindungan di tempat yang selamat. Di sini, staf kami telah mengedarkan 22,500 bungkusan makanan, termasuk pengagihan di kota Aleppo.

 

Dengan pertempuran yang semakin kerap berlaku baru-baru ini, infrastruktur Aleppo – termasuklah bangunan kediaman, sekolah dan hospital – telah banyak musnah. Selain itu, saluran bekalan air kota itu juga telah musnah mengakibatkan orang awam terpaksa bergantung kepada bekalan air dalam botol.

Di sebalik runtuhan batu dan bayang-bayang bangunan yang telah runtuh menyembah bumi, petugas lapangan kami telah menyampaikan barangan kepada golongan yang benar-benar memerlukan ini.

Salah satu daripada agihan terawal kami adalah di pekan Beledweyne, Somalia di mana banjir besar telah memaksa 70,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Setelah mendengar laporan wujudnya keluarga-keluarga yang menyelamatkan diri ke atas bumbung kediaman mereka, Islamic Relief adalah salah satu daripada beberapa pertubuhan kebajikan yang telah berjaya mengakses kawasan yang sukar dihubungi akibat bencana ini.

Petugas lapangan kami telah menyampaikan 1,000 bungkusan makanan di kawasan ini, dengan menggunakan “kanu yang diubah suai” untuk menjejaki mereka yang terkandas dalam banjir.

Terima kasih kerana telah membantu kami untuk menyantuni golongan yang telah ditimpa musibah Ramadan pada bulan Ramadan ini.

 

Agihan makanan di Amriyat Fallujah

 

Agihan makanan di Amriyat Fallujah 

Agihan makanan di Amriyat Fallujah

Agihan makanan di Aleppo 

Menjejaki keluarga yang terkandas di Beledweyne, Somalia