• (+603) 8926 3434
  • Info@Islamic-relief.org.my
  • (+6019) 637 9788
Kemarau Melanda Pakistan

Pakistan, 11 Feb 2019 – Lebih 270,000 buah keluarga di Pakistan terjejas akibat kemarau sejak beberapa bulan lalu. Laporan oleh Agensi Pengurusan Bencana Pakistan (PDMA) di Balochistan menyatakan bencana itu memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 1.9 juta penduduk.

 

PDMA turut melaporkan situasi semakin memburuk sehingga menyebabkan sebanyak 18 buah daerah di Balochistan terjejas.

 

Kerajaan negeri di Balochistan mengklasifikasikan keadaan bencana itu sebagai kecemasan. PDMA dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kini bertindak terhadap krisis kemarau tersebut.

 

Susulan kejadian itu, Islamic Relief (IR) Pakistan telah melakukan penilaian secepat mungkin sejak penghujung tahun lalu dan mengenalpasti keperluan utama antaranya makanan dan barangan bukan makanan (NFI), bekalan air, pemulihan kemudahan air serta bantuan mata pencarian segera.