• (+603) 8926 3434
  • Info@Islamic-relief.org.my
  • (+6019) 637 9788
IRM Santuni 90 Penerima Manfaat Sempena Tahun Baharu Cina

Kinarut, 11 Feb 2019 – 90 penerima manfaat Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut, Sabah disantuni Islamic Relief Malaysia (IRM) sempena Tahun Baharu Cina.

 

Fokus utama program itu dijalankan adalah untuk mewujudkan suasana harmoni di samping berkongsi kegembiraan bersama penghuni rumah tersebut agar mereka tidak berasa terpinggir semasa musim perayaan.

 

Antara pengisian program termasuklah menghias dewan bertemakan Tahun Baharu Cina, jamuan yee sang, sesi beramah mesra, dan pemberian cenderahati kepada semua penghuni.

 

Selain itu, kakitangan IRM turut berkesempatan untuk membantu penghuni rumah yang tidak mampu bergerak dan memimpin mereka untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.

 

Untuk maklumat, Rumah Warga Tua Sri Pritchard adalah rumah yang terbesar di Sabah dengan bilangan penghuni paling ramai di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Am Negeri Sabah.