Gempa Bumi di Turkiye dan Syria Ragut Ratusan Nyawa

TURKIYE, 6 Februari 2023 – Lebih 500 penduduk terkorban, manakala lebih 3,000 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi 7.8 magnitud yang melanda Turkiye dan Syria.

Jumlah kematian dijangkakan akan terus meningkat.

Gegaran turut dirasai di Lubnan.

Ramai penduduk dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Islamic Relief kini sedang giat menjalankan penilaian keperluan semasa untuk gerak kerja bantuan kecemasan.

(Sumber: CNN)