Islamic Relief Salur Bantuan Segera Buat Penduduk Terjejas di Turkiye dan Syria

Syria, 9 Februari 2023 – Islamic Relief telah menyalurkan bantuan kecemasan merangkumi bekalan ubat-ubatan, alatan perubatan, selimut, tilam dan alas plastik di Syria.

Di Gaziantep, Turki pula Islamic Relief telah mengedarkan bantuan makanan dan minuman kepada penduduk terjejas.

Secara global, Islamic Relief melancarkan kempen rayuan kecemasan dengan sasaran sebanyak £20 juta. Setakat ini, sebanyak £500,000 (lebih RM2.5 juta) telah disalurkan untuk membantu penduduk terjejas di kedua-dua buah negara.

Angka korban tragedi kini telah melepasi lebih 16,000 orang, manakala puluhan ribu lagi cedera.

Empat lapangan terbang di Turkiye telah menghentikan operasinya, manakala semua sekolah di 10 kawasan terjejas di Turkiye dan semua sekolah di Syria ditutup buat sementara waktu bermula hari ini.