Gempa bumi di Pakistan dan Afghanistan ragut 19 nyawa

PAKISTAN, 24 Mac 2023 – Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban, manakala 200 lagi cedera berikutan gempa bumi 6.5 magnitud dengan kedalaman 120 kilometer yang melanda sebahagian besar kawasan di Pakistan dan Afghanistan.

Kejadian itu telah merosakkan bangunan serta menyebabkan jalan raya utama disekat kerana tanah runtuh.

Gegaran turut dirasai di kawasan India, Uzbekistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Afghanistan dan Turkmenistan.

Talian telekomunikasi di kedua-dua buah negara juga terjejas.

Penduduk di satu blok kediaman bertingkat di Pakistan telah dipindahkan, kerana terdapat retakan besar di bangunan itu.

Angka kematian dijangka meningkat kerana kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Kakitangan Islamic Relief di Pakistan dan Afghanistan dilaporkan selamat.