Charity Week 2024

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Charity Week

SUMBANGAN ANAK YATIM DAN KANAK-KANAK

Mengenai Charity Week

Charity Week merupakan program tahunan yang dilaksanakan sepenuhnya oleh sukarelawan-sukarelawan Islamic Relief. Charity Week merangkumi pelbagai aktiviti inisiatif sukarelawan untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada projek-projek kemanusiaan Islamic Relief yang fokus kepada bantuan anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan di seluruh dunia.

Pada tahun ini, Charity Week menyasarkan projek penambahbaikan perpustakaan sekolah kurang murid di pedalaman Sarawak. Objektif projek ini adalah untuk meningkatkan persekitaran pendidikan dengan memberikan sokongan jangka panjang. IR Malaysia berhasrat untuk menaik taraf perpustakaan di kedua-dua sekolah dan membekalkan peralatan yang mencukupi.

Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit dan Sekolah Kebangsaan Nanga Menyebat dan memberi faedah kepada seramai  145 orang murid.

Bantuan Charity Week di Palestin 2023

Pada tahun 2023, sejumlah £1.1 juta telah disalurkan untuk bantuan khusus di Palestine. Antara jenis -jenis bantuan termasuklah penjagaan perubatan, penjagaan kanak-kanak Gaza dan bantuan air, sanitasi dan kebersihan.

> Lebih 169,000 peralatan perubatan telah diedarkan untuk menyokong hospital dan kemudahan kesihatan.

> Sejak krisis bermula, lebih 630 anak yatim telah dibantu. Selain daripada penajaan, bantuan penjagaan melibatkan 5,200 kanak-kanak di Gaza dijalankan melalui sesi sokongan psikososial.

> Pasukan Islamic Relief telah mengedarkan air minuman yang bersih dan selamat. Sejumlah 68,000 orang telah menerima air bersih manakala 2,000 keluarga telah menerima barangan keperluan.

"Dunia ini hanya sementara, jadi jom sama-sama kita peruntukkan sebahagiannya untuk membantu orang lain, khususnya anak-anak yatim dan kanak-kanak yang memerlukan. Sesungguhnya, yang sebenar-benar harta kita adalah bahagian yang kita berikan kepada orang lain."

Diana Amir, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia

Ayuh Bersama Hulurkan Sumbangan Buat Kanak-Kanak Yang Memerlukan

Mereka bertanyakan kepadamu (Muhammad) tentang anak-anak yatim. Katakanlah, “Memperbaiki keadaan mereka adalah baik!” Dan jika kamu mempergauli mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu.

[Al-Baqarah: 220]

Kami ingin mengajak anda untuk bersama-sama membantu membiayai projek ini yang telah menyasarkan pengumpulan dana sebanyak RM100,000 pada tahun ini untuk membantu anak-anak yang memerlukan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email