Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Kecemasan

Bantuan Kecemasan Lokal

Bantuan Kecemasan Lokal

Bantuan kecemasan seperti bekalan makanan, air, ubat-ubatan dan keperluan lain.

RM1,000

RM500

RM100

RM10

Malaysia kini sedang mengalami banjir besar, terutama di Kelantan dan Terengganu, dengan keadaan yang dijangka bertambah buruk dan berpotensi melebihi bencana banjir besar pada tahun 2014.

Sehingga kini, situasi banjir telah bertambah serius, melibatkan sembilan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Lebih 137,000 individu telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di seluruh negara.

Kelantan dan Terengganu adalah negeri yang paling terjejas teruk, dengan paras air sungai di beberapa kawasan melebihi tahap bahaya.

Hujan yang berterusan telah menyebabkan kerosakan harta benda yang ketara, kehilangan nyawa, dan perpindahan penduduk, menjadikan banjir ini antara yang terburuk dalam sedekad ini.

Bantuan Kecemasan Lokal

Memandangkan bencana datang tanpa diduga, semua pihak perlu bersiap siaga dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengurangkan risiko bencana, mengawal keadaan sewaktu bencana dan memberi respon sewajarnya ketika fasa pasca bencana.

Islamic Relief Malaysia menerusi kempen Bantuan Kecemasan Lokal menyasarkan kutipan dana sebanyak RM500,000 bagi membantu meringankan penderitaan penduduk yang terlibat dalam bencana di seluruh Malaysia.

Platform pengumpulan dana ini akan dibuka sepanjang tahun bagi membolehkan orang ramai menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing dengan menyumbang menerusi tabung ini bagi membolehkan Islamic Relief Malaysia mempunyai ketersediaan dana lebih awal bagi membolehkan respon sewaktu bencana yang datang tiba-tiba disalurkan dengan segera selari dengan kehendak semasa.

Persediaan Bencana

Bencana membawa maksud bahaya atau kecelakaan. Kebiasaannya, ia terjadi dalam keadaan tiba-tiba dan tidak dijangka.

Meskipun Malaysia dikenali sebagai salah sebuah negara yang aman sejahtera, namun Malaysia tidak terkecuali daripada dilanda bencana.

Kenali 3 Kategori Bencana:

  • Bencana alam atau bencana semula jadi seperti banjir, tanah runtuh, ribut taufan dan gempa bumi.
  • Bencana buatan manusia seperti kebakaran, kemalangan jalan raya, bangunan runtuh, kemalangan industri dan rusuhan awam.
  • Bencana hybrid iaitu merangkumi dua elemen bencana di atas seperti bangunan runtuh semasa banjir dan kemalangan jalan raya sewaktu ribut taufan.

Antara Bencana Yang Sering Melanda Malaysia

BANJIR

Banjir besar di Malaysia biasanya berlaku pada musim tengkujuh ekoran taburan hujan yang berlarutan di merata tempat dan meliputi kawasan yang luas. Antara negeri-negeri yang sering terlibat dalam bencana banjir ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Kejadian bah besar pada tahun 2014 adalah bencana terburuk dalam sejarah banjir di Malaysia dengan mencatatkan lebih 300,000 orang terpaksa di pindahkan. Bah besar yang menjadi penutup tirai 2021 juga antara yang terbesar pernah melanda negara. Secara keseluruhan, banjir yang melanda lapan negeri meliputi Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Kuala Lumpur pada waktu itu telah menjejaskan sekitar 116,273 orang daripada 31,949 keluarga.

Untuk Maklumat Lanjut: https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/   

KEBAKARAN

Bencana yang terjadi oleh api atau pembakaran tidak terkawal. Ia boleh membahayakan nyawa manusia, bangunan atau sesuatu kawasan. Antara punca kebakaran yang sering terjadi di Malaysia ialah elektrik atau litar pintas, punting rokok, percikan api, sengaja dibakar atas niat jahat dan dapur gas atau minyak.

Antara kebakaran besar yang pernah berlaku di negara kita ialah insiden kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan melibatkan kawasan seluas 35 hektar pada Mac 2020, kebakaran yang memusnahkan 48 rumah dan 8 kedai di Karak, Pahang pada Oktober 2021, kebakaran yang meranapkan 179 rumah atas air di Kudat, Sabah pada Februari 2022 dan kebakaran di Lawas, Sarawak pada Februari 2022 hingga meragut 3 nyawa.

GEMPA BUMI

Bencana alam yang mewujudkan gegaran pada tanah dalam kekuatan tertentu. Ia juga boleh terjadi disebabkan oleh aktiviti gunung berapi. Semakin besar saiz gempa bumi yang melanda, semakin besar kemusnahan yang berlaku.

Antara siri gegaran gempa yang pernah melanda kawasan di Malaysia ialah di Lahad Datu Sabah pada tahun 1976 & 2010; Ranau, Sabah pada tahun 2014 & 2015; Janda Baik dan Bukit Tinggi, Pahang pada tahun 2009.

Pada 25 Februari 2022, telah berlaku gempa bumi di pantai barat Sumatera, Indonesia dengan kekuatan 6.2 skala richter. Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Cyberjaya.

TANAH RUNTUH

Bencana alam biasa di Malaysia yang berlaku di sepanjang lereng bukit dan lereng curam. Antara punca berlakunya tanah runtuh ialah hakisan, hujan lebat berterusan, penarahan bukit dan penebangan pokok di hutan.

Antara kejadian tanah runtuh yang baru sahaja terjadi di negara kita sekitar tahun lalu ialah di Jalan Simpang Pulai – Blue Valley, Ipoh, Perak; Kemensah Height, Hulu Klang, Kuala Lumpur; Kampung Palimbayan di Sungai Penchala dan Taman Duta di Seri Duta.

TAUFAN

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), jika kejadian ribut berlaku di kawasan Barat Laut Lautan Pasifik, ia dinamakan taufan. Kadar kelajuan taufan sekurang-kurangnya 120 kilometer sejam (km/j). Meskipun bencana ini dikatakan berlaku sepanjang tahun, namun kebiasannya ia kerap berlaku di antara bulan Mei dan Oktober.

Antara kejadian ribut yang baru sahaja melanda negara kita ialah di kawasan Ipoh pada hujung Januari lalu. Kesannya, beberapa pokok tumbang, manakala puluhan rumah dilaporkan rosak.

Bertindak Segera!

Impak bencana tidak hanya mengakibatkan kerosakan besar malahan turut meragut nyawa dan mengganggu aktiviti harian penduduk terlibat.

Melalui sumbangan ke tabung Bantuan Kecemasan Lokal, anda dapat membantu mereka yang terjejas akibat bencana yang sering melanda negara kita.

Antara bantuan yang telah disalurkan oleh Islamic Relief Malaysia sepanjang menyantuni penduduk terjejas bencana ialah, edaran makanan panas, pek makanan, periuk nasi, dapur dan tong gas, susu formula, lampin bayi pakai buang, tuala wanita, pakaian, kit ibadah dan kebersihan, pemancut air elektrik, set generator, bantuan tenaga sukarelawan dalam proses pembersihan kediaman penduduk terjejas banjir, sokongan psikososial, penubuhan jawatankuasa Pengurusan Risiko Bencana (DRR) di kalangan penduduk setempat, memberi latihan asas pertolongan cemas dan banyak lagi.

Semoga setiap sumbangan yang dihulur dapat meringankan beban mereka yang memerlukan serta diterima Allah sebagai saham akhirat kita kelak.

“Air Naik Sangat Cepat. Rasa Macam Tsunami Je Air Tu Datang…”

“Air naik sangat cepat. Dalam tempoh 5 minit, air sudah sampai paras pinggang. Air datang laju macam ombak. Saya masih ingat waktu kejadian berlaku pukul 3.06 minit pagi.

“Barang Dalam Rumah Semua Rosak. Nak Beli Bukan Senang, Lama Kami Kumpul Duit. Tapi Apa Boleh Buat, Allah Nak Uji Kita.”

“Kali terakhir rumah kami banjir, pada tahun 1996. Tapi keadaan masa itu tak seteruk kali ini. Banjir kali ini air naik sampai atas paras tingkap.

“Kalau Kamu Semua Tak Datang Tolong Cuci Rumah Ini, Tak Tahulah Apa Jadi…”

“Kawasan rumah anak Mak Ude di Shah Alam pun terkena banjir. Mujur dia tinggal di kondominium, jadi rumahnya terselamat, tetapi keretanya tenggelam.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email