Menu
Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.
Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat.
[ HR Muslim]
Ancaman Musim Sejuk
Tahun ini benar-benar memberi cabaran berganda khususnya kepada para pelarian di negara konflik dalam meneruskan kelangsungan hidup. Tekanan sedia ada dengan isu peperangan berlarutan yang membawa kepada kebuluran, pandemik Covid-19 dan kini ancaman musim sejuk bakal menambah penderitaan mereka.
Kebiasaannya kita membayangkan keseronokan musim sejuk untuk menikmati turunnya salji. Namun, tahukah anda bahawa cuaca sejuk melampau mampu meragut nyawa manusia.
Berdasarkan kenyataan pakar perubatan, cuaca sejuk boleh menyebabkan suhu badan manusia menjadi rendah. Kesan cuaca sejuk juga boleh menjadi lebih ekstrim khususnya kepada bayi, kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan pernafasan.
Tahukah Anda?
Tahukah anda? Cuaca sejuk melampau boleh meragut nyawa? Bagaimana musim sejuk memberi kesan terhadap kesihatan?
Terdapat banyak kes kematian di kalangan bayi, kanak-kanak dan warga tua di kem pelarian mula dilaporkan dalam media berikutan ketiadaan kelengkapan dalam menghadapi cuaca sejuk seperti makanan, baju sejuk, selimut, alat pemanas dan pelbagai lagi.
Antara kes korban musim sejuk:
Bantuan Islamic Relief
Islamic Relief Malaysia melancarkan kempen Rayuan Musim Sejuk bagi membantu menyelamatkan nyawa para pelarian di Syria khususnya di kawasan Aleppo dan Idlib manakala di Yaman pula merangkumi lima wilayah iaitu Sana’a, Taiz, Amran, Dhamar dan Sa’ada dengan sasaran dana sebanyak RM400,000.
Pakej Rayuan Musim Sejuk
Kita mungkin tidak mampu untuk menyelamatkan semua orang, namun setiap daripada kita pasti mampu menyelamatkan sekurang-kurangnya satu orang.
Keep Them Warm, Keep Them alive
MAYBANK ISLAMIC | 5621 4270 8704 | |||
MBSB BANK | 1005 0251 0000 0166 | |||
BANK ISLAM | 1202 9010 0656 43 | |||
BANK RAKYAT | 1108 0100 0035 | |||
CIMB ISLAMIC | 8602 0738 18 | |||
AFFIN ISLAMIC | 1067 1000 2784 |
IRM Server | |
Extra-net | |
Staff Mail | |
IR Digital |
Hak cipta © Islamic Relief ™ Malaysia 2019 version 1.0.0 | Nombor Pendaftaran Syarikat: 657354-W. Malaysia Office: A-05-01, Paragon Point, Jalan Medan PB5, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. | |
Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak 1.7% (untuk kad kredit / debit), atau 1.7% atau RM 0.60 yang mana lebih tinggi (untuk pembayaran melalui Perbankan Internet). Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. |