Perkembangan Terkini – Konflik Timur Afrika

Apakah yang sedang berlaku di Selatan Sudan dan Afrika?

Pada waktu ini, 20 juta orang sedang menghadapi kekurangan makanan dan air yang hebat akibat kemarau berterusan dan konflik di Timur Afrika.

Di Tanduk Afrika (Somalia, Etiopia dan Kenya), di mana musim hujan berturutan tidak berlaku, kemarau dikhuatiri akan mengakibatkan kebuluran.

Di Selatan Sudan, di mana konflik telah berlarutan sejak 2013 (yang telah memaksa 700,000 pelarian yang telah menyelamatkan diri ke Sudan sejak pertengahan 2016), UN telah mengisytiharkan kebuluran dan 5.5 juta orang – separuh daripada populasi – memerlukan bantuan.

 

Bagaimana Islamic Relief Membantu

Pasukan tempatan kami sedang menerajui projek mata pencarian dan keselamatan makanan, seperti: memberikan latihan dan nasihat kepada pekebun dan petani kecil, menyediakan ternakan berdaya tahan cuaca dan menyokong mikrokewangan komuniti.

  • Di Somalia, kami sedang menggali 15 perigi baru untuk membekalkan air bersih sepanjang tahun kepada lebih dari 100,000 orang dan program pemulihan bernilai £1m untuk membajak tanah pertanian dan membekalkan alatan pertanian, benih dan kambing kepada 3,000 isi rumah, selain membawa masuk 10 tangki bawah tanah untuk mengumpulkan air hujan supaya boleh digunakan semula.
  • Di Etiopia, kami sedang memohon untuk program penstokan semula ternakan bernilai £2.2m untuk membekalkan hampir 6,000 keluarga dengan 10 kambing setiap satunya.
  • Di Kenya, kami sedang menjalankan kerja-kerja di wilayah-wilayah timur laut untuk melaksanakan program makanan dan air yang baru.
  • Di Selatan Sudan, kami mengagihkan makanan, air dan item lain yang penting kepada golongan yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka di dua kem berhampiran Juba.
  • Di Sudan, kami sedang menumpukan usaha kami ke atas golongan pelarian dan mereka yang pulang.

 

Mengapa bantuan anda diperlukan

 Afrika kini dicengkam kemarau teruk. Hujan di bawah paras purata selama dua tahun berturut-turut (yang telah menyebabkan salah satu peristiwa El Niños paling teruk dalam sejarah) mengakibatkan sesetengah kawasan di Somalia, Etiopia dan Kenya mengalami kemarau paling teruk dalam beberapa dekad. Manakala Selatan Sudan, yang berada dalam cengkaman pergolakan, telah memaksa ratus ribuan penduduknya untuk melarikan diri merentas sempadan ke Sudan lantas berlakunya peningkatan inflasi yang telah menyebabkan harga makanan menjadi mahal, dan di sebuah negeri, kebuluran telah diisytiharkan. Ramalan kaji cuaca tidak menunjukkan sebarang berita baik, ditambah pula dengan amaran bahawa keadaan akan menjadi semakin buruk sepanjang 2017. Di Somalia, tindakan segera amat diperlukan untuk mengelakkan tragedi kebuluran 2011-2012 yang telah menelan nyawa sekitar 250,000 berulang kembali. Separuh dari bilangan ini merupakan golongan mangsa peperangan walaupun sebelum kebuluran diisytiharkan, membuktikan bahawa kita tidak boleh menunggu pengumuman “kebuluran” dibuat, sebelum kita bertindak.

 Sekilas pandang…

Etiopia

  • 6 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan segera di Etiopia
  • Keperluan utama yang telah dikenal pasti adalah: air, makanan dan makanan ternakan.
  • Islamic Relief sedang mengendalikan aktiviti pengangkutan air dengan trak untuk menyelamatkan nyawa dan melancarkan program gerak balas ternakan dengan sokongan UNOCHA.
  • Situasi di Etiopia amat kritikal dan semakin merosot dengan pantas.

 

Kenya

  • 3 juta orang memerlukan bantuan segera di Kenya.
  • 23 daripada 47 wilayah di Kenya telah terjejas akibat kemarau.
  • Situasi sedang merosot dengan pantas.
  • Islamic Relief Kenya beroperasi di kawasan yang terjejas iaitu wilayah Wajir, Mandera dan Garissa.

 

Somalia

  • 3 juta orang memerlukan bantuan segera di Somalia
  • 2 juta orang di Somalia telah dikelaskan di dalam kategori paling kritikal – sekiranya hujan tidak turun pada bulan Mac, kebuluran akan diisytiharkan di negara tersebut pada bulan April.
  • Islamic Relief telah menandatangani surat kepada Setiausaha Agung PBB, untuk menegaskan situasi meruncing ini.

 

Selatan Sudan

  • Konflik telah berlarutan semenjak 2013, dengan peningkatan mendadak kejadian keganasan di Julai 2016 yang telah mengakibatkan sebilangan besar penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.
  • 5. juta orang di Selatan Sudan memerlukan bantuan kemanusiaan segera – separuh daripada populasi negara tersebut.
  • Kerajaan Selatan Sudan telah mengisytiharkan kebuluran di salah satu dari 10 negeri di negara tersebut, iaitu Unity.

 

Sudan

  • Terdapat peningkatan kemasukan pelarian ke Sudan dari Selatan Sudan semenjak beberapa bulan yang lalu.
  • Sepanjang dua bulan yang lepas, lebih 32,000 orang telah tiba dari Selatan Sudan.
  • Secara kasarnya, 2.2 juta Orang Tersingkir Dalam Negeri (IDP) dari Darfur terus bergantung kepada bantuan kemanusiaan.

Sila sokong usaha kami dalam membantu komuniti-komuniti yang mengalami krisis makanan di Afrika.